Mi Segera Malaysia Yang Taiwan Temui Bahan Karsinogenik Di Dalamnya

Dalam satu pemeriksaan mi segera yang terdapat di Taipei, Taiwan mendapati dua jenis mi segera jenama Asia Tenggara mengandungi bahan yang boleh mendorong kepada kanser iaitu karsinogenik.

Salah satu daripadanya adalah dari Malaysia, ‘Ah Lai White Curry Noodles’ dan satu lagi jenama dari Indonesia, ‘Indomie Special Chicken Flavour’. 

Gambar sekadar hiasan. Kredit: milesb via unsplash.com

Masing-masing dikatakan mengandungi etilena oksida di mana ia dikesan dalam kedua-dua mi dan paket perencah produk dari Malaysia manakala untuk produk dari Indonesia tersebut, ia dikesan di dalam paket perencah sahaja.

Disebabkan itu, Jabatan Kesihatan Taipei mengarahkan untuk menarik balik penjualan kedua-dua produk tersebut.

Untuk pengetahuan korang, pemeriksaan mi segera dilakukan dengan pemilihan secara rawak 30 produk dari pasar raya, kedai serbaneka, kedai makanan Asia Tenggara, pengimport borong, pasar raya besar dan pasar basah tradisional di bandar tersebut.

Kredit gambar utama: Mikail Ong

Sumber: Harian Metro

Read Previous

Psikologi Harga Sale, Diskaun Tapi Sebenarnya Harga Sama = HARAM?

Read Next

Sekuel Mat Tudung Bakal Di Keluar Ogos Ini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

thirteen − two =