“Hormat sikit, aku ni darjah 5. Kau baru darjah 3.” Mungkin ini yang meow ni akan katakan pada kawan-kawannya nanti selepas berjaya bergraduasi dengan jayanya pada tahun 2026 akan datang.
Dalam satu sharing di TikTok, seorang pelajar telah bertemu seekor kucing, Chombi yang memiliki ‘kad matrik’ sendiri. Di situ terdapatnya informasi mengenai program pengajiannya dalam bidang doktor falsafah.
Sedang ‘berhempas pulas’ untuk mendapatkan gelaran Dr dalam bidang Bahasa Meow, menurut keterangan yang ada pada kad, Chombi sudah memulakan pengajiannya pada November 2022 dan akan menamatkannya secara rasmi pada Oktober 2026.
Bukan calang-calang ye Che Chombi kita ni. Malu min, min pun belajar sampai degree je. Tak mampu wak nak jadi doktor falsafah lagi.
Btw, selamat maju jaya Chombi!
Video: TikTok @shahmirisz