Penggunaan AI Boleh Jadi Haram Jika Korang Lakukan Ini…

Baru-baru ini teknologi artificial intelligence (AI) menjadi perhatian apabila boleh menghasilkan wajah yang seakan-akan manusia sebenar. Memang nampak real dan boleh buatkan pengguna teknologi lebih kreatif menghasilkan idea-idea.

Tapi melihat kepada penggunaannya, apakah hukumnya dari sudut pandang agama Islam?

Kredit: Facebook Sha Ramson Abdullah

Dalam satu video yang dimuatnaik di YouTube Ustaz Azhar Idrus, beliau menjelaskan bahawa hukum penggunaan AI boleh jadi haram dalam beberapa situasi:

  1. Menggunakannya untuk tujuan maksiat
  2. Menggunakan wajah individu yang sudah meninggal dunia dalam keadaan hina sehingga membuatkan ahli keluarga sedih.
  3. Menimbulkan fitnah dan menyebarkan aib.

Dan hukum penggunaan AI boleh menjadi harus dalam situasi berikut:

  1. Dibuat dengan tujuan baik seperti mempromosukan perniagaan baju kurta dan sebagainya.
  2. Memperingati kebaikan dan jasa tokoh.

Pendek kata, ia diharuskan jika ia digunakan untuk kebaikan dan ia boleh jatuh hukum haram jika digunakan untuk sekadar suka-suka.

Sumber: YouTube Ustaz Azhar Idrus

Read Previous

Kucing Ini Bakal Bergelar Graduan PhD Dalam Bahasa Meow Di UTM

Read Next

Surat Tak Hadir Ke Sekolah Pun Ada Jual Di Shopee, Dah Terjual Lebih 500 Kali!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

20 − seven =