Surat Tak Hadir Ke Sekolah Pun Ada Jual Di Shopee, Dah Terjual Lebih 500 Kali!

Zaman sekarang ni memang kena bijak cari duit kan? Kalau otak jenis kreatif dan bisnes, memang ada je idea nak jual benda gunakan kemudahan internet dan laman dagang yang ada.

Kalau sebelum ni ada yang jual lukisan dan kata-kata lucu, sekarang ni korang tahu tak ada juga servis buat surat. Dengan caj 20 sen hingga RM1 untuk setiap surat, tak disangka servis ini dah terjual lebih 500 kali!

Nak ke tak nak je kan? 

Tapi servis ni memudahkan sebab tak semua ada akses internet, idea atau kemudahan untuk hasilkan surat ni. Jadi bila ada servis ni di Shopee, mudahkan sangat kerja kita tak payah nak pening fikir ayat.

Kena pula dah lama tak buat surat, confirmlah ada juga yang dah lupa format surat kan? Tapi bagi min, 20 sen tu kira murah sangatlah. Atau korang rasa macam mana?

Twitter: @malissaali

Read Previous

Penggunaan AI Boleh Jadi Haram Jika Korang Lakukan Ini…

Read Next

Pentingnya English Education, Pelajar Terpaksa Bayar RM44 Untuk Secawan Starbucks Hanya Sebab Tak Faham English

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

5 × 5 =