Kita memang pantang tengok harga diskaun. Nak kena pula masa hari perayaan. Jadi menggunakan teknik ini, seller biasanya akan pamerkan peratusan diskaun atau harga diskaun pada barangan untuk tarik minat pelanggan.
Tapi ada juga sesetengah seller yang menggunakan marketing potong harga tapi sebenarnya harga yang dipamerkan adalah harga yang sama sebelum di diskaun. Tapi tahukah korang yang marketing ini sebenarnya haram?
Menurut Ustaz Azhar Idrus, marketing ini haram kerana membuatkan orang terpedaya dengan teknik perniagaan yang digunakan.
“Jual baju biasa RM50. Jualan raya tulis RM100. Lepas tulis RM100, potong tinggal RM50. Orang terpedaya. Makan haram.”
Jadi nak berniaga biar jujur dan ikhlas. Pengguna sekarang dah bijak, kalau nampak seller tipu memang biasanya dah tak support terus.