Atuk Grab Dah Tak Perlu Kerja, Boleh Pencen Hasil Derma Orang Awam

Beberapa bulan lalu, rasanya pernah viral tentang seorang warga emas yang gigih bekerja sebagai penghantar makanan. Walaupun sudah berusia, Pak Cik Zakaria masih gigih menyusun langkah yang tak seberapa demi kelangsungan hidup.

Sekali lagi, kisah Pak Cik Zakaria ini viral. Dan kali ini katanya membawa rezeki kepada beliau apabila ramai rakyat Malaysia bermurah hati memberikan derma seikhlasnya kepada beliau. 

Bulan Ramadan, bulan rezeki kan.

Disebabkan terlampau ramai yang menghulurkan bantuan, akaun yang digunakan sebagai tabung kutipan dana telah disekat sementara kerana terlalu banyak berlakunya transaksi dalam 1 hari.

Menurut Caprice, jika sehari lalu Pak Cik Zakaria masih kerja keras mengerah kudrat meskipun keadaan kesihatannya tidak berapa baik, tetapi ia merupakan hari terakhir beliau bekerja kerana wang hasil derma orang ramai ini membolehkan warga emas itu berpencen apa adanya.

Terima kasih rakyat Malaysia, korang memang ohsem! Semoga Pak Cik Zakaria sihat-sihat selalu.

Moga semangat kerja beliau boleh kita anak-anak muda ni contohi. 

Video: Instagram capricedaddycap

Read Previous

Siapa Sangka Syasya Dolla Sebenarnya Cucu Pelakon Veteran Rozie Othman, Faham Jiwa Orang Muda Tapi..

Read Next

Psikologi Harga Sale, Diskaun Tapi Sebenarnya Harga Sama = HARAM?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

19 − nine =