Kumpulan wanita Dolla sering sekali dikritik netizen kerana penampilan mereka yang dianggap terlalu seksi dan terbuka, di mana dikatakan ia tidak sesuai dengan budaya orang Malaysia. Namun, tidak dapat dinafikan juga mereka ini antara yang berjaya menarik minat ramai orang luar untuk mengenali lagu-lagu Malaysia.
Dan siapa sangka juga rupanya salah seorang daripada ahli kumpulan ini merupakan cucu kepada pelakon veteran terkenal, Rozie Othman yang pernah popular dengan watak sebagai Cik Embon dalam Rombongan Cik Kiah ke Sukan Komanwel dan Datin Rocky dalam drama Astana Idaman.
Apabila ditanya mengenai cucunya, Rozie menerusi satu temu bual bersama Harian Metro menyatakan beliau memahami jiwa orang muda kerana pernah muda seperti Syasya. Cuma nasihat beliau kepada cucunya agar tidak terlalu seksi dalam pemakaian.
Tidak pernah lupa mendoakan agar Syasya mendapat hidayah, Rozie juga ada memaklumkan mengenai perjalanan seninya yang kembali bersambung selepas berehat lima tahun akibat masalah kesihatan jangkitan kuman pada paru-paru.
Semoga cepat sembuh! Seronok tengok pelakon veteran berlakon. Memang tak nampak kekok.