‘Pulang Sayang, Daddy Rindu’, Plot Twist Kehilangan Remaja, Rupanya Jadi Mangsa Pemuas Nafsu Bapa Tiri & Diketahui Ibu Kandung

Baru-baru ni viral tentang kes kehilangan seorang remaja perempuan yang bernama Qistina.

Ibu dan bapa tirinya menggunakan media sosial untuk mengesan keberadaan remaja tersebut. Malah ibu kandungnya telah memuat naik satu video untuk menerangkan kejadian yang berlaku sebelum remaja tersebut dilaporkan hilang.

Lepas 18 hari hilang tanpa berita, remaja perempuan tersebut ditemui selamat di sebuah pangsapuri rakan lelakinya berusia sekitar 20-an di Kampar, Perak. Mengaku telah keluar rumah atas kerelaannya, rupanya ada pahit yang disembunyikan remaja ini sehingga terpaksa memaksa beliau keluar dari rumah.

Siapa sangka, cerita tersebut cuma rekaan untuk menyembunyikan perbuatan bapa tirinya yang menjadikan remaja tersebut sebagai pemuas nafsu sejak 2020. Malah kejadian ini diketahui ibu kandungnya sendiri, namun memilih untuk tidak melakukan apa-apa.

Bapa tiri mangsa berusia 36 tahun bersama ibu kandungnya berumur 40 tahun ditahan di KLIA sejurus sahaja tiba dari Sabah dan direman selama tujuh hari sehingga 15 April ini. Menurut Ketua Polis Daerah Jasin, Deputi Superintenden Ahmad Jamil Radzi berkata penahanan dilakukan selepas polis menerima satu laporan kes rogol membabitkan Qistina 6 April lalu.

Semoga kes ini dapat diselesaikan dengan segera dan pelaku dikenakan tindakan yang keras!

Side note: Sakit hati pula tengok status di Facebook ayah dia.

Sumber: Kosmo

Read Previous

Viral Cerita Jual Buah Pinggang Di TikTok, Lelaki Mengaku Reka Cerita Sebab…

Read Next

Malaysia Berisiko Alami Gempa Bumi Skala Tinggi – Pakar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

seventeen − 2 =