Pernah tak korang scroll TikTok dan ternampak tentang satu video journey seorang lelaki yang menjual buah pinggang beliau demi kelangsungan hidup?
Dalam video yang dimuat naik, lelaki Malaysia tersebut mendakwa beliau terpaksa berbuat demikian untuk mendapatkan sejumlah wang yang besar. Seriusnya isu ini sehinga ia dipetik dalam satu sidang parlimen.
Dalam satu video terkini, lelaki tersebut menjelaskan tujuan video tersebut adalah kerana beliau terdesak mendapatkan wang untuk melangsaikan hutang.
“Jadi, saya buat jalan pintas untuk buat video bertanya siapa mahu beli buah pinggang dan kebetulan video tersebut FYP. 3 hari selepas saya buat video itu, saya dapat panggilan untuk interview kerja di Singapura. Jadi saya gunakan rakaman saya di Singapura untuk mendapatkan lagi viewers supaya affiliate yang saya buat akan dapat membantu saya.”
Turut mengaku yang walaupun hidupnya terdesak, beliau tidaklah sampai ke tahaap mahu menjual buah pinggang.
“Justeru itu, saya mohon maaf kepada kepada Kerajaan Malaysia dan Kerajaan Singapura kerana menggunakan footage mengatakan ada penjualan organ di sana (Singapura) kerana sebenarnya ia tidak berlaku pun.”
korang tentang isu ini pula macam mana?