Malaysia Berisiko Alami Gempa Bumi Skala Tinggi – Pakar

Dalam tempoh dua bulan, beberapa siri gempa bumi berlaku di Turki, Jepun dan Indonesia. Disebabkan beberapa siri ini, pakar memberi peringatan kepada semua rakyta Malaysia dan pemimpin kerajaan supaya bersiap sedia menghadapi risiko gempa bumi berskala tinggi.

Ketua Penyelidik Kumpulan Penyelidikan Seismologi dan Gempa Bumi Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Profesor Dr Azlan Adnan berkata rantau Asia Tenggara berisiko untuk mengalami gempa bumi berskala besar kerana gempa bumi yang berlaku di Indonesia dan Jepun boleh menjejaskan aktiviti Lingkaran Api Spesifik dan meningkatkan kemungkinan untuk kejadian sama berlaku di Malaysia.

Malah melihat pada situasi semasa, kawasan Semenanjung Malaysia dijangka mengalami gempa bumi sehingga 6 magnitud, manakala di Sabah boleh mencecah sehingga 7 magnitud!

Pakar geologi di Pusat Kajian Bencana Alam, Universiti Malaysia Sabah (UMS), Profesor Dr Felix Tongkul pula melihat di negeri Sabah boleh berlakunya pergerakan bumi yang mungkin mengakibatkan gempa bumi besar disebabkan gempa bumi yang kuat dari Indonesia dan Filipina.

Antara cadangan persediaan yang perlu dilakukan Malaysia ialah dengan:

  • menilai semula bangunan lama
  • bangunan baru dibina mengikut garis panduan kalis gempa 2017
  • menguatkuasakan undang-undang reka bentuk
  • peta risiko gempa bumi
  • sediakan persiapan berterusan sebelum, semasa, dan selepas gempa bumi
  • patuh kod reka bentuk bangunan tahan gempa sedia ada

Kredit imej dan sumber: Sinar Plus

Kredit gambar utama: KLCC

Read Previous

‘Pulang Sayang, Daddy Rindu’, Plot Twist Kehilangan Remaja, Rupanya Jadi Mangsa Pemuas Nafsu Bapa Tiri & Diketahui Ibu Kandung

Read Next

Siapa Sangka Syasya Dolla Sebenarnya Cucu Pelakon Veteran Rozie Othman, Faham Jiwa Orang Muda Tapi..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

fifteen + 4 =