Viral Isu Inti Karipap Berkulat Dan Bau Sampah, Vendor Mengaku Jual ‘Karipap Kitar Semula’

Isu makanan di bazar bukanlah sesuatu yang asing lagi bila tibanya bulan puasa. Paling femes, karipap angin, martabak hangit, makanan berulat dan banyak lagi.

Dalam scroll scroll Facebook, min terbaca satu sharing ni. Ia merupakan susulan daripada isu karipap berkulat yang dibeli dari sebuah bazar Ramadan di Kuantan. Bukan itu sahaja, siap dengan pakej bau sampah!

Setelah disiasat, rupa-rupanya karipap tersebut berkulat merupakan kesilapan vendor. Peniaga cumalah orang tengah yang mengambil sedikit komisen menjual kuih-muih vendor. Malah vendor sendiri mengakui yang karipapnya merupakan ‘karipap kitar semula’.

“Vendor telah mengakui silapnya di mana karipap itu sememangnya karipap hari sebelumnya (Rabu) yang telah dikitar semula untuk dijual semula pada Khamis.

Pihak vendor meminta peniaga simpan dalam peti ais, tetapi peniaga memberitahu peti aisnya tidak muat dan bertanya bolehkah karipap diletakkan di luar (suhu bilik).

Kerana faktor rumah yang jauh dan peniaga memberitahu sudah lewat malam, vendor bersetuju sahaja karipapnya diletakkan di suhu bilik sehingga keesokan harinya.”

Alamak, boleh pula macam tu. Tak tahu ke yang makanan dah tercemar ni boleh menyebabkan maut? Lagi pula bila dah berkulat macam tu.

Harap lepas ni vendor lebih bertanggungjawab. Jangan sebab nak fikir untung, nanti sampai menyebabkan kehilangan nyawa pembeli pula.

Sumber: Sinar Harian

Kredit imej: Facebook Emma Razali

Read Previous

Mahkamah Jatuhkan Hukuman Terhadap Lelaki Bunuh Puluhan Kucing, Simpan Rangka Dalam Rumah Di Bandar Sri Permaisuri

Read Next

Ramai Teruja Lihat Wajah Terkini ‘Sutun’ Selepas 18 Tahun

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

19 − 1 =