Mahkamah Jatuhkan Hukuman Terhadap Lelaki Bunuh Puluhan Kucing, Simpan Rangka Dalam Rumah Di Bandar Sri Permaisuri

Penemuan puluhan bangkai kucing dalam sebuah kondo di Bandar Sri Permaisuri mengejutkan ramai. Kejadian ini terbongkar susulan daripada aduan penduduk berhubung bau busuk dari kediaman tersebut.

Berhubung aduan tersebut, pihak PDRM berjaya mengesan dan membuat pertuduhan kepada penjenayah ini.

“Kepantasan dua pegawai polis mengesan dan membuat pertuduhan kepada penjenayah haiwan ini amat dipuji selepas mengambil alih kes daripada Balai Polis Salak South yang tidak mengendahkan kes ini sebelumnya.

Terima kasih kepada pihak Polis Diraja Malaysia ( Royal Malaysia Police ) kerana menyelesaikan kes pembunuhan kucing yang sadis dan membahayakan ini dengan baik.”

Untuk pengetahuan korang, penjenayah yang merupakan seorang lelaki berusia 30-an itu telah dijatuhkan hukuman penjara dua tahun dan denda RM50,000 di Mahkamah Kuala Lumpur atas kesalahan menyebabkan kesengsaraan hingga menyebabkan kematian kucing-kucing di bawah jagaannya.

Ingatlah, walaupun dia bukan haiwan janganlah sampai bertindak zalim.

Sumber: Kosmo!

Read Previous

Hilang Ketika Nama Memuncak, Kehilangan Hizairi Masih Misteri Selepas 22 Tahun

Read Next

Viral Isu Inti Karipap Berkulat Dan Bau Sampah, Vendor Mengaku Jual ‘Karipap Kitar Semula’

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

eight − two =