Dah 22 tahun berlalu, tapi kehilangan Hizairi Othman masih lagi menjadi misteri sejak dilaporkan kehilangannya disiarkan pada 15 Mac 2001.
Hilang ketika namanya memuncak dalam dunia penulisan sastera, satu-satunya petunjuk yang ada dalam kes kehilangan Hizairi yang juga merupakan anak sulung kepada Sasterawan Negara, Allahyarham Dr Othman Puteh ini ialah kereta miliknya yang ditinggalkan di sebuah taman rekreasi di Kajang.
Sejak kehilangannya, Allahyarham Othman Puteh tidak pernah berputus asa berusaha dan sentiasa menantikan kepulangannya sehingga pergi ke Tanah Suci untuk mendoakan kepulangan anak tersayang.
Hilang ketika usia 31 tahun, jika masih hidup, Hizairi dianggarkan sudah berusia 53 tahun.
Biarpun sudah 22 tahun, Sasterawan Negara , Datuk Rahman Shaari yang juga merupakan kenalan rapat ayahnya berkata, kehilangan beliau yang merupakan bekas pensyarah UPM terus diingati terutamanya dalam kalangan penggiat sastera dan masih ramai yang mengharapkan kepulangannya.