Tukar Screen Protector Di Petaling Street, Pelajar ‘Diketuk’ Harga Sampai Lebih RM1,575

Pernah terbayang tak korang kena bayar RM1,575 untuk satu screen protector sahaja? Ya itu yang berlaku dalam satu kejadian yang dikongsikan dalam satu posting di Facebook.

Pada 26 Februari lalu, beliau ke Petaling Street dan secara tiba-tiba disapa seorang penjual yang mengatakan hanya perlu bayar RM25 untuk satu screen protector dan casing. Dan beliau kemudiannya mengikut penjual tadi ke kedai telefon sebelum diminta untuk diberikan ICnya.

Apabila ditanya, katanya ia diperlukan untuk insurans skrin tersebut. Apabila disemak, beliau kemudiannya dicaj dengan harga insuran lebih RM2,099. Semasa ditanya adakah beliau akan dicaj dengan harga tersebut, penjual tersebut meyakitkan yang beliau tidak akan dicaj dengan harga tersebut.

Setelah selesai, kesemua yang perlu dibayar ialah RM2,099 + RM25 yang mana ia adalah nilai insurans yang dilihat tadi. 

Disebabkan beliau student dan hanya ada RM1,700 dalam akaun banknya, caj akhir dikurangkan sehingga RM1,575 shaja.

Tidak mendedahkan nama kedai dan menjelaskan tidak melakukan laporan polis, ramai yang memberikan saranan untuk beliau membuatnya dengan segera kerana ia adalah penipuan. Selepas laporan polis dibuat, akhirnya pengusaha kedai bersetuju untuk memulangkan semula wang beliau.

Kalau search di sosial media, banyak kes penipuan yang melibatkan Petaling Street ni. Sampaikan kala korang nak tahu Petaling Street merupakan salah satu tempat yang disenarai hitam oleh kerajaan Amerika Syarikat kerana menjual barangan tiruan dan cetak rompak!

Facebook: Gts科技爆料站 (Part 1) , Gts科技爆料站 (Part 2) 

Read Previous

‘Muka Tak Tahu Malu’, Ini 5 Suspek Yang Bunuh Abby Choi Hanya Kerana Harta

Read Next

Kisah Tangmo Kembali Panas, Tiba-Tiba Ada Bukti Dashcam & Suspek Yang Mengaku Salah Selepas Setahun

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

sixteen − six =