‘Muka Tak Tahu Malu’, Ini 5 Suspek Yang Bunuh Abby Choi Hanya Kerana Harta

Kes pembunuhan model dan influencer Hong Kong, Abby Choi kini menjadi salah satu berita yang menjadi perhatian dunia. Ini kerana Abby telah dibunuh dengan kejam yang mana anggota badannya diceraikan, termasuklah kepala sehingga ada antaranya yang dijumpai dalam periuk sup bukan oleh orang lain, tetapi keluarga mentuanya sendiri!

Yang terkini, pihak polis Hong Kong peraya yang mereka dah pun berjaya menangkap kesemua suspek yang terlibat dalam kejadian ini, iaitu bekas suami, bekas abang ipar, bekas ibu dan bapa mentua dan juga perempuan simpanan bekas bapa mentuanya.

  1. Alex Kwong, 28 tahun (Bekas suami)
  • Penganggur
  • Diburu polis kerana gagal membayar ikat jamin dalam satu kes penipuan emas antara tahun 2014-2015 yang mana jumlah saman dan wang yang ditipunya mencecah hampir RM4 juta.
  • Pada Sabtu lalu, Alex ditangkap semasa dipercayai mahu melarikan diri menggunakan bot laju di Pulau Lantau dengan membawa wang tunai hampir RM300,000 dan beberapa jam mewah bernilai lebih RM2 juta.
  1. Anthony Kwong, 31 tahun (Bekas abang ipar)
  • Merupakan pemandu peribadi Abby Choi dan juga bekas rakan kongsi mangsa.
  • Pernah bergelar pengarah syarikat Bear Bear Snack, kedai pankek sebelum berdepan dengan pertikaian kontrak berjumlah hampir RM75,000.
  • Disaman bank kerana gagal membayar hutang pada tahun 2019.
  • Sering mendakwa Abby dan dia adalah adik beradik dan banyak berkongsi gambar bersama di media sosial.
  • Sebelum dilaporkan hilang, kelibat Andrew menjemput Abby telah dirakam menerusi CCTV.
  1. Kwong Kau, 65 tahun (Bekas bapa mentua)
  • Dipercayai menjadi mastermind dalam rancangan pembunuhan ini.
  • Merupakan individu yang menyewa ‘rumah sembelihan‘ Abby Choi.
  • Bekas sarjan polis yang diberikan Pingat Perkhidmatan Lama Polis Hong Kong pada 2001 sebelum meletak jawatan pada 2005 selepas terlibat dalam kes rogol.
  • Difahamkan tidak setuju semasa Abby merancang untuk menjual rumah mewah yang dibeli dan didaftar menggunakan nama Anthony.
  1. Jenny Li, 63 tahun (Bekas ibu mentua)
  • Diisytiharkan bankrap pada tahun 2017.
  • Dipercayai tau dengan rancangan pembunuhan dan telah didakwa kerana menghalang pihak polis daripada melakukan siasatan.
  1. Ng, 47 tahun (Perempuan simpanan Kwong)
  • Tidak didehkan nama penuhnya.
  • Merupakan seorang tukang urut.
  • Menjalinkan hubungan dengan Kwong selama 6 bulan.
  • Membantu Kwong menyewa ‘rumah sembelihan’ Abby Choi.

Read Previous

Diinspirasikan Daripada Kisah Benar, ‘Cocaine Bear’ Cerita Tentang Plot Balas Dendam Beruang ‘Mabuk’

Read Next

Tukar Screen Protector Di Petaling Street, Pelajar ‘Diketuk’ Harga Sampai Lebih RM1,575

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

one × four =