Kisah Tangmo Kembali Panas, Tiba-Tiba Ada Bukti Dashcam & Suspek Yang Mengaku Salah Selepas Setahun

Februari tahun lalu, dunia dikejutkan dengan penemuan mayat aktres terkenal Thailand, Tangmo Nida selepas dilaporkan lemas akibat daripada terjatuh ke dalam Sungai Chao Phraya. Banyak persoalan dan teori konspirasi yang timbul terutamanya mengenai punca sebenar kematiannya susulan daripada rakaman video serta gambar daripada CCTV yang tersebar.

Selepas setahun secara tiba-tiba media Thailand melaporkan dua daripada enam suspek utama kes ini iaitu Paiboon dan Robert mengaku bersalah termasuklah bagi dakwaan kecuaian sehingga menyebabkan kematian aktres tersebut. 

Walaupun sebelum ini jelas adanya kesan penganiayaan fizikal yang serius, suspek pada ketika itu menafikan pertuduhan yang disebutkan sehingga menyebabkan perbicaraan di mahkamah berlanjutan.

Ini turut menimbulkan curiga dalam diri ibu Tangmo, Panida yang juga baru menyerahkan bukti berupa rakaman dashcam kereta Tangmo yang berjaya diperoleh semula selepas didakwa dipadam oleh seseorang.

Tapi pengakuan ini berserta dengan timbulnya tanda tanya daripada orang ramai di Thailand termasuklah beberapa pengkritik sosial, iaitu mengapa ibu mendiang yang bekerja kuat mencari bukti sedangkan ia sepatutnya dilakukan oleh pihak polis? Malah sepatutnya bukti tersebut berada dalam tangan pihak berkuasa lagi.

Harapnya dengan adanya pengakuan dan penyerahan bukti ini adalah sinar untuk kes Tangmo ini berjaya diselesaikan dan adalah hukuman kepada suspek yang terlibat.  

Sumber: The Thaiger

Read Previous

Tukar Screen Protector Di Petaling Street, Pelajar ‘Diketuk’ Harga Sampai Lebih RM1,575

Read Next

Terima Deposit RM20,000  Lelaki Pulang Semula Duit Deposit Ke Tuan Sebenar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

nine + nine =