Diinspirasikan Daripada Kisah Benar, ‘Cocaine Bear’ Cerita Tentang Plot Balas Dendam Beruang ‘Mabuk’

Sebut sahaja Pablo Escobar, ramai yang mengenalinya sebagai pengasas dan pemimpin tunggal Kartel Medellin sehingga digelar Raja Kokain dan menjadi penjenayah terkaya dalam sejarah dengan kekayaan bersih bernilai lebih 30 bilion dollar pada saat kematiannya.

Tapi pernah tak korang dengar tentang Escobear?

Dekat pawagam sekarang sedang ditayangkan filem ‘Cocaine Bear’ yang diinspirasikan daripada kisah benar seekor beruang yang ditemui mati pada tahun 80-an kerana overdose kokain.

Pada September 1985, seorang penyeludup dadah di Tennessee secara tidak sengaja telah menjatuhkan 40 kontena yang penuh dengan kokain keluar dari pesawat ke dalam hutan. Menurut New York Times, penyeludup tersebut, Andrew C. Thornton II meninggal dunia dalam perjalanan yang sama selepas payung terjunnya gagal berfungsi.

Kredit: Trailer filem ‘Cocaine Bear’

Dua bulan kemudian. Biro Siasatan Georgia menemui seekor beruang hitam seberat lebih kurang 90kg mati selepas disyaki mengambil lebih 34kg kokain yang hilang, dianggarkan bernilai lebih $2 juta.

Pada ketika itu, Dr Kenneth Alonso yang bertugas sebagai ketua pemeriksa perubatan menjelaskan bahawa perut beruang berkenaan benar-benar dibungkus dengan kokain. Bangkai beruang kemudian dihantar ke seorang taxidermist, yang mana kemudiannya diberikan kepada Kawasan Rekreasi Sungan Chattahoochee di Kentucky.

Dari situlah nama Pablo Eskobear diberikan kepada beruang tersebut.

Akan tetapi dalam filem Cocaine Bear ini akan ada plot twist daripada kejadian sebenar. Jika dalam realiti beruang berkenaan mati akibat sikap tidak bertanggungjawab manusia, filem ini membawa plot bagaimana seekor beruang ini membalas dendam terhadap apa yang berlaku kepadanya.

Jadi onz tak onz?

Read Previous

Betul Ke YouTuber Boleh Jana Sampai RM360K Sebulan? Ini Jawapan Che Nom

Read Next

‘Muka Tak Tahu Malu’, Ini 5 Suspek Yang Bunuh Abby Choi Hanya Kerana Harta

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

10 + eight =