ekarang ni kalau ditanya mengenai cita-cita pada pelajar sekolah, pasti akan ada yang jawab YouTuber, Instafamous atau Influencer kan? Mana tidaknya, mereka semua menyangka yang pekerjaan ini semua memberikan pendapatan yang lumayan.
Seperti yang didedahkan baru-baru ini oleh sebuah portal pekerjaan yang mendakwa gaji YouTuber mampu mencecah RM360,000 sebulan.
Betul ke?
Nampaknya ‘fakta’ ini nampaknya disangkal oleh salah seorang YouTuber terkenal di Malaysia, Che Nom yang mengatakan hanya 0.01% sahaja mampu mendapatkan nilai tersebut. Untuk mendapatkan nilai tersebut, setiap minggu perlu ada sekurangnya 7 video dan views setiap satunya ialah sebanyak 300,000 ke atas!
Malah menurut Che Nom, purata income YouTubers sebenarnya di bawah paras kemiskinan. Yang mana bila ekonomi merosot, syarikat akan kurangkan iklan, RPM dan CPM akan jatuh. Jadi secara tak langsung, pendaptan YouTuber pun akan turut berkurang.
Bukan itu sahaja, pendapatannya sebagai blogger juga jatuh mendadak pada tahun ini dengan 2.2 juta pageviews bagi portal Resepi Che Nom.
“Income cuma dalam RM 2500, nak bayar server dan admin pon tak lepas. Tak pasti macam mana news portal dan blogger lain survive tahun ni, harap-harap ada income lain selain Adsense. Kalau tak ada kesunggunan dan minat yang sangat mendalam up to level obsession, cari la kerjaya lain yang lebih menjamin masa depan, ada medical, KWSP dan kemudahan lain seperti cuti tahunan dan cuti sakit.”
Jadi adik-adik, masih nak lagi ke jadi YouTuber?
Facebook: Che Nom