Bukan Untuk Cuci Kasut, Ini Fungsi Sebenar Bulu-Bulu Di Bahagian Tepi Eskalator

Tak tahulah ajaran ni daripada siapa, tapi ada yang beritahu berus di tepi eskalator itu fungsinya adalah untuk cuci kasut kita semasa menaiki tangga elektronik ini. Ala, macam bulu-bulu yang ada pada car wash automatik tu.

Dengar macam kelakar, tapi itulah yang berlaku. Cuba perhatikan, kalau korang naik eskalator ada tak orang yang saja letakkan kasut dia di tepi eskalator tersebut.

Kalau korang nak tahu, fungsi sebenar bulu-bulu ini adalah sebagai penanda bahawa pengguna sedang dalam bahaya. 

Macam mana nak tahu dia berada dalam bahaya? 

Okey kalau korang berdiri terlampau tepi, pastinya kaki akan terasa ‘disentuh’ bulu-bulu ini kan? Secara automatik, korang akan rasa tak selesa dan menjauh. Apabila korang memberi tindak balas sebegitu, tahukah korang yang sebenarnya korang dah berjaya menjauh daripada kecelakaan.

Yang mana kemalangan ini selalu berlaku disebabkan oleh pakaian atau kasut yang tersangkut pada bahagian tepi eskalator tersebut.

So lepas ni jangan saja-saja pula letak kaki atau kasut korang dekat situ. Dah terasa kaki tu tersentuh bulu-bulu tu, maka menjauhlah ye. 

Read Previous

Ini Sebab Kenapa Student Straight A, Ambil Kos Power Tapi Susah Dapat Kerja

Read Next

Betul Ke YouTuber Boleh Jana Sampai RM360K Sebulan? Ini Jawapan Che Nom

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

thirteen + 4 =