Pernah tak korang dengar tak isu student straight A, ambil kos power-power tapi akhirnya susah dapat kerja?
Menurut seorang pengguna Twitter, @masfaizhakim, ada sebab kenapa perkara ini berlaku.
Malaysia bukanlah negara pencipta tetapi negara pengguna teknologi.
Jadi kepada mereka yang minat bidang sains, pilihlah kursus yang ada aplikasi sebagai contoh Applied Science (Engineering, Medical, Pharmacist, Data Analyst, Computer Science IT) dan elakkan bidang yang core seperti Pure Mathematics, Astrophysics, Aerospace, Chemistry, Biology dan Gelogy.
Bukan tak boleh ambil tapi kesannya akan susah untuk dapat pekerjaan. Ini kerana menurut peratus pekerjaan di Malaysia dari Jabatan Perangkaan Malaysia, peratusannya adalah seperti di bawah:
1) Engineering – 15%
2) Medical – 15%
3) Finance – 20%
4) Admin – 20%
5) IT – 15%
6) Pure Science – 5%
Kalau betul minat sains nak buat apa?
- Apply kursus Maths, Bio, Kimia, Fizik dan cuba maintain GPA (pointer akademik)
- Universiti mana mana tak penting. Pilih yang bersesuaian.
- Belajar skill relevant dalam industry Teknology dan apply sijil kelayakan.
Paling penting, kuatkan semangat okey! Btw terima kasih dekat Mas faiz sebab share pengalaman dan tips sebagai seorang yang juga daripada bidang sains.
Harapnya sedikit sebanyak dapatlah membantu yang baru habis SPM nak ambil apa lepas ni.
Twitter: @masfaizhakim