Sebuah pawagam di Vietnam, Lotte Cinema mendapat perhatian meluas selepas mengadakan promosi ‘Popcorn Beast’ yang mana pengunjung yang membeli tiket wayang boleh mendapatkan seberapa banyak popcorn yang mereka mahukan.
Tidak kiralah saiznya sebesar mana pun bekas yang mereka bawa, pasti staff akan memenuhkannya dengan bijian popcorn yang manis tu.
Melihatkan kempen unlimited popcorn ni, ada yang mengeluarkan cabaran kepada pawagam-pawagam Malaysia untuk melakukan yang sama.
Dalam satu posting, MBO Cinemas seakan menyatakan persetujuan mereka ‘Challenge Accepted’ untuk adakan kempen yang sama. Fuh, berani betul.
Agaknya, kalau MBO Cinemas buat macam ni. Bagaimana pula ragam rakyat Malaysia. Korang rasa akan ada tak yang rembat kawah mak buat kenduri buat isi popcorn?
Tapi sis ni yang saiz biasa pun jenuh nak perabih weh! Penat mulut kunyah.
Kredit gambar utama: ภัทรดนัย ปัญญาเรือน via WE LOVE ASEAN (🇻🇳🇮🇩🇹🇭🇰🇭🇵🇭🇱🇦🇧🇳🇲🇾🇲🇲🇸🇬)