Geng DIY Share Tips Elak Remote TV Selalu Ghaib Tanpa Dikesan

Selain daripada chipsmore, ketahuilah remote TV jugak ada sifat yang sama. Eh kejap tadi baruuu je pegang. Lepas tu tiba-tiba hilang lah pulak. Lagi pening kalau ada anak-anak kecil yang buat jadi mainan.

Tapi lepas baca sharing dalam Kelab Kaki D.I.Y oleh Lidia Rahza, terus dapat idea cara simpan remote TV supaya dah tak ghaib entah ke mana. Cara yang sangat bajet dan jimat dengan hanya gunakan lebihan casing aircond.

1. Kumpulkan semua remote TV yang ada dan buat ukuran jarak dan keluasan lubang yang akan ditebuk. Ambil ukuran saiz remote yang paling besar supaya yang lain pun boleh muat. Ukur juga ketebalan supaya nanti remote akan terletak kemas.

2. Ukur dan gunakan sesiku L untuk buat garisan lurus jarak dan lebar lubang remote.

3. Plotkan pada casing dan buang lebihan yang ada pada casing aircond.

4. Untuk lubang tengah gunakan gerudi steel bit. Tebuk tepi supaya nanti senang untuk potong gunakan pisau. Kena steady dan extra careful untuk elak korang cedera atau pun terpotong bekas PVC.

5. Lepas dah siap, test. Kalau okey barulah proceed dengan letakkan casing DIY dekat kawasan bersesuai. 

Hasilnya memang kemas. Sebab remote tak akan menggelongsor sebab ada lekuk yang boleh kekalkan kedudukan remote.

Selamat mencuba! Btw, terima kasih Lidia for the tips!

Kredit: Lidia Rahza via Kelab Kaki D.I.Y

Read Previous

Ubat Hati Tak Dapat Mainan Happy Meals, Akak TikTok Bantu Cipta Filter Topi McDonald’s

Read Next

MBO Sahut Cabaran Free Unlimited Popcorn Macam di Pawagam Vietnam?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

one × 3 =