ATLAS Vending, penyedia mesin layan diri yang terkemuka, telah dianugerah sebagai mesin layan diri NFT pertama di Malaysia oleh Malaysia Book Of Records (MBOR) baru-baru ini di REXKL. Terkenal dengan inovasi canggih seperti mesin bantuan Braille, mesin mesra kerusi roda, mesin pensampelan automatik dan mesin layan diri akhbar; ATLAS telah memenuhi komitmennya untuk menyediakan lebih dari yang biasa dengan edisi terbaru mesin layan diri NFT yang menerima sambutan yang mengagumkan dari rakyat Malaysia sejak pelancarannya pada Hari Malaysia yang lalu. Syabas diucapkan!
Acara tersebut yang berlangsung di REXKL di mana kesemua 13 mesin layan diri terletak, ATLAS mendekati 13 artis NFT tempatan untuk mempamerkan bakat luar biasa mereka sempena Hari Malaysia ke-59 – di mana setiap artis ditugaskan untuk mencipta karya seni unik mewakili negeri asal mereka, pada masa yang sama memberi artis Malaysia platform dan pengiktirafan yang mudah diakses untuk mempamerkan karya seni mereka.
Melalui kejayaan mesin layan diri NFT yang pertama, ATLAS juga memperkenalkan karya seni ke-14 yang direka oleh artis tempatan, Nymea, yang juga terlibat dalam mesin layan diri NFT pertama dunia di New York.
Dihadkan kepada 300 unit, 300 pembeli pertama yang memperoleh lima NFT daripada mesin layan diri ATLAS akan menerima karya seni edisi terhad Nymea yang akan diberikan kepada mereka melalui aplikasi MetaMask. Mesin layan diri ini tersedia dari 16 September hingga 16 Disember 2022 dan setiap NFT dijual pada harga yang berpatutan!
Untuk maklumat lanjut mengenai ATLAS Vending, korang boleh layari www.atlasasia.co.