Bila guna telefon pintar memang selalu ada masalah dengan bateri. Nak pulak bila telefon dah pakai lama, masalah ni memang tak boleh nak elak. Cuma ada beberapa cara yang boleh korang gunakan untuk elakkan bateri cepat drain dan lebih tahan lama.
Tips ni untuk pengguna iPhone tau.
1. Brightness
Screen brightness memang akan menyebabkan bateri kong boleh cepat kong. Jadi nak jimatkan bateri, korang boleh aktifkan setting ‘Dark Mode’ atau pun ‘Auto Brightness’.
2. Optimized Battery Charging
Korang boleh on kan setting optimized battery charging yang mana function ni boleh bantu korang untuk elakkan ‘penuaan batery’.
3. Location Service
iPhone memang akan aktifkan GPS untuk tahu lokasi penggunanya dengan tepat sebab banyak aplikasi akan gunakan servis lokasi. Dan ini memang akan jadi punca bateri korang lebih cepat drain. Jadi korang boleh tutupkan setting ni.
4. Auto Lock
Korang tahu tak kalau screen menyala pun salah satu punca benda ni berlaku? Nak elakkan benda ni berlaku, korang boleh pilih duration Auto-Lock paling singkat untuk elakkan skrin menyala walaupun korang tak gunakan.
Selain daripada empat ni, ada lagi setting yang korang amalkan untuk bateri iPhone tahan lebih lama?
Kredit gambar utama: charlesdeluvio via unsplash.com