Jumpa Dalam Lumpur, Seluar Levi’s 140 Tahun Ni Tetap Terjual RM410K

Barang lama jangan disangka tiada nilai. Makin disimpan, makin naiklah harganya.

Macam seluar Levi’s lama yang dijumpai dalam sebuah lombong di Amerika Barat baru-baru ni berjaya dilelong dengan harga RM410,000. 

Seluar ni yang katanya sudah pun berusia 140 tahun dijumpai ahli arkeologi denim beberapa tahun lepas sebelum diambil peniaga pakaian vintage awal Oktober lalu.

Mana tahu usianya 140 tahun? Ada slogan pada label yang diperkenalkan pada Akta Pengecualian Cina 1882, iaitu ‘satu-satunya jenis yang dibuat buruh putih’ yang menghalang pekerja dari China daripada masuk ke Amerika Syarikat sebelum slogan tersebut dimansuhkan pada 1890-an.

Gambar sekadar hiasan. Kredit gambar utama: k8_iv via unsplash.com

Info: CNN

Read Previous

‘Mesin Layan Diri NFT Pertama’ ATLAS diraih oleh Malaysian Book Of Records!

Read Next

Ubat Hati Tak Dapat Mainan Happy Meals, Akak TikTok Bantu Cipta Filter Topi McDonald’s

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

15 − 2 =