Tips Penting Sebelum Buat Keputusan Beli iPhone Second Hand

Walaupun harga siri iPhone lama menurun selepas keluarnya siri yang baru, masih ada yang selesa beli iPhone second hand sebab harganya jauh lebih murah. 

Tapi masih ramai yang tak tahu macam nak tahu iPhone second hand tu berbaloi ke tak untuk didapatkan. Ya, juga tanpa ditipu seller.

Benda yang kena korang tahu ialah IMEI pada iPhone berkenaan. Cara untuk semak, mudah je.

1. Pergi ke SETTING dan masuk ke bahagian GENERAL.

2. Klik ABOUT dan COPY number IMEI yang dipaparkan.

3. Pegi web IMEIPRO dan PASTE nombor IMEI tadi di ruangan yang disediakan dan tekan CHECK.

4. Lepas dah keluar result, korang tengok pada bahagian BLACKLIST STATUS. Kalau status yang ditunjukkan tu CLEAN, maknanya iPhone tu boleh digunakan dan bukan blacklist dari mana-mana pihak atau dicuri.

Pentingnya status ni sebab kalau iPhone korang tu status dia dalam senarai blacklist, mungkin akan ada masalah akses sebab disekat selagi tak diselesaikan segala tunggakan yang ada. 

Dan kalau statusnya dicuri, korang tak boleh dapatkan bantuan atau alat ganti daripada Apple dan pengedar rasmi. Kan ke dah susah nanti.

So, lepas ni apa-apa pun check IMEI dulu okey?

Sumber: The Vocket

Read Previous

Amazfit Lancar Jam Tangan Pintar GTR 4 & GTS 4 di Malaysia

Read Next

Setting Jimatkan Bateri iPhone, Dah Cuba Baru Tahu Berkesan!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

20 − fifteen =