Jenama Amazfit yang terkenal dengan perkakasan boleh pakai pintar premium milik Zepp Health Corporation (Zepp) telah melancarkan jam tangan pintar Amazfit GTR 4 dan Amazfit GTS 4 baru-baru ni. Rakyat Malaysia yang tergolong dalam mengamalkan gaya hidup aktif bersukan, fesyen dan perniagaan sangatlah sesuai untuk memiliki jam tangan pintar ni.
Amazfit GTR 4
Mana-mana eksekutif perniagaan yang sibuk tu dah tak perlu risau nak tukar-tukar jam dah. Model terbaru Amazfit GTR 4 ini telah memperkenalkan tradisional ‘look’ berteksturkan reka bentuk yang kaya dan dipertingkatkan lagi fungsi sukan tau! Ia didatangkan dalam Superseed Black, Vintage Brown Leather dan Racetrack Grey. Lepasni korang boleh terus ‘shoot’ dari pejabat ke gim atau kolam renang dengan senang hati.
Amazfit GTS 4
Alamak dah habis main badminton terus nak pergi dinner dengan boyfren pulak ni! Jangan risau gais. Amazfit GTS 4 amat sesuai dipadankan untuk dipakai ketika janji temu bersama insan tersayang ye. Ia juga didatangani dengan pelbagai warna iaitu Infinite Black, Misty White, Autumn Brown dan Rosebud Pink. Dengan penampilan yang langsing dan bergaya, ia juga mempunyai fungsi sukan yang dipertingkatkan sambil kekal ultra nipis dan kekal eksklusif.
Ni ada informasi lebih untuk korang semua. Kedua-dua GTR 4 dan GTS 4 dilengkapi dengan teknologi antena GPS polarisasi Dwi-jalur; import laluan dan navigasi masa nyata; mod latihan kekuatan pintar; templat latihan selang; peringatan sukan dan siaran suara dan; mod larian trek.
Bukan tu je, terdapat lebih daripada 150 mod sukan dan pengiktirafan pintar yang boleh mengesan keadaan sukan dan prestasi pemakai. Kedua-duanya mempunyai rintangan air 5 ATM dan untuk pemantauan kesihatan, mempunyai BioTracker 4.0 baru untuk mengesan oksigen darah dan kadar jantung. Hasutan apakah ini? Kejap lagi nak pergi beli!
Korang nak tahu lebih lanjut boleh ke website sini https://www.amazfit.com/my.