Lelaki Menang Tuntutan Jalan Berlubang Punca Kerosakan Kereta Terhadap Majlis Perbandaran

Jalan raya yang selamat adalah salah satu yang perlu pihak berkuasa tempatan ambil peduli dengan lebih aktif. Ini kerana jika jalan raya tak berada dalam keadaan yang baik, maka ia boleh mendatangkan masalah kepada penggunanya.

Dan kalau korang mengalami masalah disebabkan keadaan jalan raya yang tidak baik, korang tahu tak yang korang ada hak untuk failkan tuntutan kecil di bawah RM5,000 di Mahkamah Majistret?

Dalam satu laporan FMT, Dr Fahrurrazi Hamid berjaya menang kes tuntutan pampasan terhadap Majlis Perbandaran Kajang yang mana pihak MPKj diarahkan untuk membayar RM2,980 merangkumi kos empat rim (RM1,800), satu tayar (RM800), ruang pelaras (RM180), dan caj tunda (RM200).

Pada mulanya tuntutannya dinafikan pampasan oleh Takaful Malaysia Berhad, syarikat insurans Majlis Perbandaran Kajang (MPKj). Tetapi beliau kemudiannya mendapatkan bantuan daripada Tribunal Tuntutan Pengguna sebelum dimaklumkan yang tribunal tak ada kuasa untuk menyelesaikan isu tersebut.

Lepas membuat kajian, beliau mendapati yang individu boleh memfailkan tuntutan kecil di bawah RM5,000 di Mahkamah Majistret dan terpaksa menghadiri enam pengurusan kes dalam tempoh 12 minggu sebelum tarikh perbicaraan ditetapkan pada Julai lalu.

Info: Lubang (bersimen) yang dilanggar Dr Fahrurrazi.

Kejadian yang berlaku pada malam September 2020 di Jalan Sungai Long berhampiran Budiman Business Park telah menyebabkan kereta beliau mengalami kerosakan teruk sehingga kerugian RM3,580.

Nasihat Dr Fahrurrazi, kita perlu pertahankan hak kita walaupun ia ambil masa yang lama dan menguji stamina.Info: FMT

Read Previous

Gaji Tak Setimpal Beban Kerja’ Netizen Kongsi Punca Banyak Kerja Kosong Di Industri F&B Dan Retail

Read Next

Amazfit Lancar Jam Tangan Pintar GTR 4 & GTS 4 di Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

seventeen + fifteen =