Gaji Tak Setimpal Beban Kerja’ Netizen Kongsi Punca Banyak Kerja Kosong Di Industri F&B Dan Retail

Sekarang ni perasan tak kalau korang pergi mall, merata jumpa banner kerja kosong atau mencari pekerja. Tapi masih lagi dengar orang cakap susahnya nak dapat kerja sekarang ni kan?

Kalau korang nak tahu, satu dunia tengah alami situasi yang sama di mana ia dipanggil The Great Resignation atau juga dikenali sebagai Biq Quit dan The Great Reshuffle.

Situasi ni merupakan trend ekonomi yang mana pekerja beramai-ramai secara sukarela berhenti kerja. Antara alasannya:

  1. Dah lama nak resign tapi tertangguh.
  2. Tak ada career development (promotion & gaji).
  3. Kena kerja di pejabat.
  4. Keutamaan hidup yang berubah.

Kalau korang tengok TikTok, memang banyak sharing pasal ni. Sampaikan kedai-kedai F&B yang besar pun terkesan dengan apa yang berlaku. Mana tidaknya, dialah manager, dialah yang tukang susun barang, dia juga cashier, dia jugalah tukang masak agaknya.

Kalau tengok komen di sharing-sharing ni, ramai yang maklumkan gaji yang diberikan tak setimpal dengan beban kerja yang mereka dapat. Walaupun gaji minimum dah dinaikkan, tapi tetap tak cukup dengan keperluan hidup sekarang.

Korang macam mana? Okey tak okey tu?

Video: TikTok @mruh20

Read Previous

Hati-Hati Dengan Kerja Gaji Besar Di Overseas, Ada Yang Ditipu Terpaksa Jadi Pelacur & Makan Babi

Read Next

Lelaki Menang Tuntutan Jalan Berlubang Punca Kerosakan Kereta Terhadap Majlis Perbandaran

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

1 + nineteen =