Walaupun terdesak nak dapatkan kerja dengan gaji tinggi, sis harap korang berhati-hati. Terutamanya kalau dapat tawaran kerja di luar negara dengan gaji yang memang boleh buat kita gelap mata sekejap.
Sebab sekarang ni kecoh pasal skim penipuan pekerjaan di luar negara sehingga menyebabkan mangsa terkandas di Kemboja, Laos dan Myanmar.
Bukan setakat hilang duit, tapi ada juga mangsa termasuklah yang beragama Islam telah dipaksa untuk menjadi pelacur dan makan daging babi!
Kalau prestasi tak seperti yang diinginkan, mangsa akan direnjat dengan elektrik. Ada juga mangsa yang diambil organnya untuk dijual dan mayat akan dibiarkan begitu sahaja.
So korang kalau dapat tawaran kerja tu terutamanya dari luar negara, semak dulu okey. Jangan terus terima. Tak salah kan kalau kita berhati-hati. Jangan sampai nanti diri merana.
Sumber: Harian Metro
Kredit gambar utama: Luis Villasmil via unsplash.com