eCurve memang dekat dengan hati mereka mereka yang membesar atau belajar dekat area Klang Valley. Sebab itulah port lepak, port dating yang paling selalu dituju lepas balik sekolah atau masa nak release stress.
Tapi sekarang dengan keadaan mall yang tumbuh macam cendawan lepas hujan, eCurve nampaknya dah jadi ‘bangunan berhantu’ dek kerana kesunyiannya.
Korang boleh tengok video @naeldaily share ni. Kalau dulu meriah dengan lampu warna warni, kini gelap je weh. Suram sangat. Lalu nak ke MRT pun dah rasa tak best. Selain daripada rasa seram seram sejuk. ;p
Tapi mall The Curve yang dekat seberang bangunan ni masih meriah. Korang cuba perlu lalu sini untuk ke The Curve.
Btw cuba share sikit, memori apa yang paling korang tak boleh lupa dekat eCurve?