Walaupun final Piala FA dah pun hampir seminggu berlalu, tapi ramai yang masih tak boleh move on dengan kemenangan JDT ke atas Terengganu FC di Stadium Nasional Bukit Jalil kan?
Turut hadir bersama TMJ yang santai mengenakan gaya simple.
Tapi yang menariknya pada gaya TMJ ialah jam tangan yang dipakai baginda. Fuh, boleh tak tidur malam dibuatnya kalau memikirkan nilainya.
Dalam satu perkongsian di Instagram @insaneluxurylife, jam tangan tersebut merupaan model AET Remould Daytona ‘Johor Edition’ yang direka khas untuk Kerabat Diraja Johor sahaja.
Nilainya dianggarkan berjumlah $ 97,700 yang mana kalau ditukarkan ke MYR harganya lebih kurang RM440,382! Fuh! Memang tak boleh move on beb baca nombor tu.
Tapi dengan frame yang dibuat daripada sapphire crystal, ditambah pula dengan customize bahagian dalam yang mengandungi lambang kelab, kepala harimau dan logo pasukan. Memang masuk akal lah kan?