TikToker Demo Guna Satu RFID Dekat Kereta Lain, Boleh Ke?

Selain daripada Smart TAG, RFID adalah salah satu cara baru yang memudahkan pengguna untuk bayar tol tanpa perlu lagi topup kad di kedai fizikal. Biasanya orang akan tampal terus pada cermin atau lampu kereta.

Tapi baru-baru ni viral satu video seorang pengguna TikTok bereksperimen menggunakan RFID pada kenderaan lain yang tidak didaftarkan. 

Yang mana RFID ini tak dilekatkan pada bahagian kenderaan secara terus tetapi ditampal di atas sekeping plastik akrilik yang boleh dicabut dan dipasang sesuka hati.

Menurut sumber Soya Cincau, walaupun beliau berjaya lepasi tol dengan menggunakan RFID berbeza, namun rupanya ia boleh dikesan pihak TnG yang mana di setiap tol adanya sistem yang boleh mengecam nombor plat kenderaan.

Ia adalah untuk elakkan pengguna daripada didenda bayaran maksimum tol.

Dan tahu tak, yang sebenarnya di bawah Syarat Penggunaan RFID, ada menjelaskan bahawa pelekat RFID hanya boleh dipasang di lampu kenderaan atau pun di cermin kenderaan di bahagian luar.

Dalam point ke-7 penggunaan TnG RFID Tag, ada frasa ‘non-transferable’ yang mana rasanya merujuk kepada ia tidak boleh dipindah apabila sudah di ‘fit’ kan pada kenderaan dan properly activated. 

Pendapat korang tentang isu ni macam mana pula?

Video: TikTok @terbelilagi

Read Previous

Cara Bajet Bersihkan Lukisan ‘Peta Dunia’ Dekat Seat Kereta

Read Next

Tips Tonton YouTube Tanpa Iklan, Tanpa Perlu Install Aplikasi Tambahan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

14 − three =