Cara Bajet Bersihkan Lukisan ‘Peta Dunia’ Dekat Seat Kereta

Perasan tak, kalau kereta lama mesti seat dia ada lukisan ala-ala peta dunia kan? Kalau hantar ke kedai, kos yang perlu korang keluarkan kadang-kadang melebihi bajet yang ada.

Tapi korang tahu tak yang sebenarnya korang boleh je buat sendiri dekat rumah? Haa, jom senior nak roger cara bajet bersihkan seat kereta gunakan cara Radi Apiz.

Bahan yang diperlukan: 

  • 2 sudu cuka
  • 1 sudu baking soda
  • Secawan air suam

Caranya mudah je:

  1. Campurkan baking soda & cuka ke dalam air suam. Dan masukkan ke dalam botol spray.
  2. Spray rata pada seat dengan jarak 6-8 inci dan gunakan berus lembut untuk gosok kawasan yang kotor.
  3. Lapkan kawasan tadi dengan kain microfiber yang dah dibasahkan dengan air.
  4. Ulang langkah 3-6 sampai seat betul-betul bersih.
  5. Keringkan seat dengan vakum atau kain microfiber sampai kering.

Kaedah yang sama juga korang boleh gunakan untuk cuci panel pintu tau. Dan gunakan cuka serta baking soda je korang pun boleh cuci mesin basuh! Banyak sangat rupanya kegunaannya bahan-bahan ni untuk proses mencuci.

Selamat mencuba!

Atau nak mudah, hubungi je Radi. Biar dia tolong settlekan masalah korang. Korang duduk tepi, rilek rilek minum kopi tunggu kerja settle. 

Kredit info & gambar: Radi Apiz

Read Previous

Lelaki Sanggup Bayar RM1,800 Untuk Tanam Implan Kunci Tesla Dalam Tangan

Read Next

TikToker Demo Guna Satu RFID Dekat Kereta Lain, Boleh Ke?

Leave a Reply

Your email address will not be published.

twelve + seven =