Kalau korang jenis selalu sangat tertinggal atau hilang kunci kereta, mungkin ini masanya korang beralih ke Tesla kot. Sebab Tesla sekarang tengah dalam ujian yang mana korang boleh buka kereta dengan hanya menggunakan tangan.
Seorang lelaki, Brandon Dalaly adalah salah seorang daripada kumpulan penguji beta dengan bayaran $400 (RM1,800) untuk cip dan prosedur yang ditanam dalam tangannya.
Menurut Dalaly, implan NFC ni memang banyak function, bukan sekadar untuk Tesla tapi juga urusan bayaran gunakan kad kredit, ApplePay atau GooglePay di telefon! Dan ia boleh diupdate sekiranya perlu.
Kalau nak tahu, ini adalah cip kedua yang ditanam di tangan Dalaly. Cip pertama adalah pada tangan kiri dengan saiz lebih kecil untuk buka pintu depan dan dalam masa yang sama simpan portfolio, maklumat perhubungan dan perubatannya.
Nak tengok macam mana proses tanam cip ni, korang boleh tonton video dekat Twitter @BrandonDalaly ni. Fuh, ngilu beb!