Tahniah Xiaomi!
Ini adalah hari yang gembira untuk Xiaomi Malaysia selepas berjaya kembali merampas takhta sebagai telefon pintar nombor 1 di Malaysia.
Dengan peratusan 30% Xiaomi berjaya kembali menguasai takhta sebagai jenama telefon pintar nombor 1 di Malaysia dengan peningkatan sebanyak 5% berbanding suku pertama tahun 2021.
Menurut laman Canalus, Xiaomi berjaya mengatasi Samsung yang sebelum ini menduduki carta tertinggi diikuti vivo, Oppo dan Realme dengan peratusan unit share masing-masing sebanyak 20%, 14%, 14% dan 8%.
Dengan pelancaran siri telefon pintar premium Xiaomi 12 pada Ogos ini, Xiaomi dijangka akan terus mengukuhkan kuasa dalam pasaran telefon pintar di Malaysia.