‘Fon Boba’ Punya Pasal, Lelaki Terjerat Dalam Hutang Loan Iphone Sampai Gagal Bayar Sewa Rumah

Bila dah namanya hutang, memang sentiasa dipandang jahat dan membebankan. Tapi korang tahu tak ada dua jenis hutang sebenarnya iaitu hutang baik dan hutang jahat. 

Untuk senang faham, hutang baik ialah hutang yang akan tambah kekayaan korang macam hutang hartanah dan hutang untuk kembangkan bisnes. Manakala hutang jahat adalah hutang yang akan kikis kekayaan korang tanpa korang sedar.

Sebagai contoh macam hutang kereta yang mana kalau dikira susut nilainya, makin hari makin jatuh harganya. Tak dilupakan lifestyle sekarang yang mana secara mejoriti didominasi oleh internet, telefon pintar dan beberapa lagi macam-macam lagi gajet lain.

Sebab itu ada yang sanggup terjerat dalam hutang pinjaman semata untuk dapatkan fon boba. Macam kisah yang dishare ni, Amirul Shafiq berkongsi yang penyewa rumahnya berhutang sehingga 3 tahun demi iPhone 13 256GB sehingga gagal untuk langsaikan sewa rumah. 

Baru bayar 2 bulan dan bila kira balik barulah si penyewa sedar tak berbaloi dengan baki yang ada lagi 34 bulan. 

Inilah yang selalu kita hadapi. Demi lifestyle yang nak nampak gah, akhirnya terjerat diri sendiri. Ingat, nak beli apa tengok dulu poket sendiri. Kalau ikut kehendak memang semua nak. 

Salah langkah naya beb. Harga fon boba nya pun boleh tahan. Berpeluh nengoknya.

Read Previous

Ditangkap Curi Kambing Tapi Lelaki Ni Dakwa Cuma Nak Curi Tali Je, Tak Tahu Kambing Ikut Sekali

Read Next

Xiaomi Berjaya Rampas Kembali Takhta Juara Smartphone No. 1 Di Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

4 × 1 =