Ditangkap Curi Kambing Tapi Lelaki Ni Dakwa Cuma Nak Curi Tali Je, Tak Tahu Kambing Ikut Sekali

Baru-baru ni viral sampai ke sini satu video seorang lelaki Indonesia yang berada dalam keadaan tangan bergari. Mungkin orang tertanya-tanya kenapa videonya boleh viral sampai macam ni sekali.

Rupanya sebab jawapan yang diberikan lepas tertangkap mencuri kambing.

Dalam soal siasat bersama polis, lelaki tersebut berikan jawapan yang sebenarnya dia tiada niat pun nak curi kambing tapi hanya nak curi tali. Tapi tak tahu pula kambing yang diikat menggunakan tali sepanjang 3 meter tu ikut sama.

Kredit: @dorographic via unsplash.com

Itu yang sampai ada polis yang menjerit, “Itu namanya mencuri kambing!” Tapi si lelaki ni tetap berkeras yang dia hanya curi tali bukan kambing. 

Aduhai, tak tahulah nak gelak ke nak nangis dengar jawapan dia. Moga polis tu tabah menghadapi ujian ini. Kambing pun macam eh mamat ni. Dia yang curi, salahkan aku yang ikut pulak.

Read Previous

Jadual Waktu Berbuka Puasa Dan Waktu Imsak Untuk Semua Negeri

Read Next

‘Fon Boba’ Punya Pasal, Lelaki Terjerat Dalam Hutang Loan Iphone Sampai Gagal Bayar Sewa Rumah

Leave a Reply

Your email address will not be published.

sixteen + 15 =