Kuala Lumpur – Domino’s Pizza Malaysia bekerjasama dengan Etika Sdn Bhd (“Etika”) bertujuan untuk menyebarkan kegembiraan dan semangat dengan pelancaran Peraduan Senang Menang dimana pelanggan berpeluang memenangi wang tunai dan hadiah bernilai RM 250,000.
Ketua Pegawai Pemasaran Kumpulan Domino’s Pizza Malaysia, Singapura & Kemboja, Linda Hassan berkata, Peraduan Senang Menang menawarkan peluang yang sangat baik kepada pelanggan, terutama mereka yang ingin mendapatkan sejumlah wang tunai dan hadiah percuma pada masa-masa yang mencabar ini.
“Dengan penggabungan penghargaan pelanggan terhadap pizza dan peraduan ini, kami berhasrat untuk memberikan kembali kepada pelanggan dan menaikkan semangat semua rakyat Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Katanya, peraduan berlangsung dari 5 Julai 2021 hingga 5 September 2021 dan terbuka kepada semua rakyat Malaysia yang membeli sebarang pizza dan minuman dengan perbelanjaan minimum RM10.
“Semakin banyak makanan yang anda nikmati di Domino’s, semakin tinggi peluang untuk memenangi hadiah untuk 11,880 pemenang bertuah, dengan 1,320 pemenang setiap minggu, ”tambahnya.
Ingin mengumpulkan lebih banyak mata ganjaran untuk menambah peluang kemenangan anda?
Ini adalah beberapa tips yang boleh anda gunakan untuk menggandakan mata ganjaran anda!
Pesanlah piza Spicy Fling ATAU pizza dengan lebih keju DAN minuman untuk dua kali ganda mata ganjaran. Manakala bagi tiga kali ganda mata ganjaran pula, pesanlah piza Spicy Fling DAN piza dengan lebih keju DAN minuman.
Untuk menyertai, klik http://senangmenang.dominos.com.my/ .
Kredit gambar utama: via Domino’s Pizza