Kuala Lumpur, 18 Ogos 2021 – Berjaya SOMPO Insurance Berhad (“Berjaya Sompo”) mencapai satu lagi kejayaan baharu hari ini dengan pelancaran SOMPO MotorSafe, satu perlindungan insurans motor telematik inovatif yang berdasarkan kepada penggunaan. Perlindungan insuran ini sesuai untuk pemandu yang mencatat jarak tempuh yang rendah dengan kelenturan pembayaran mengikut jarak tempuh yang dipilih.
SOMPO MotorSafe menawarkan tiga (3) pelan jarak tempuh setahun yang berbeza, mengikut kesesuaian setiap kenderaan dengan premium yang berpatutan, iaitu: sehingga 5,000 km, sehingga 10,000 km dan sehingga 15,000 km. Pelanggan boleh memilih daripada 3 pelan jarak tempuh yang tersedia dengan pilihan untuk menambah nilai sehingga pelan yang berikutnya, atau pelan jarak tempuh penuh sekiranya mereka hampir memenuhi jarak tempuh yang dipilih.
Encik Tan Sek Kee, Ketua Pegawai Eksekutif bagi Berjaya Sompo, berkata, “Di Berjaya Sompo, kami berusaha untuk memberikan perlindungan insurans yang terbaik kepada pelanggan kami. Dengan SOMPO MotorSafe, kami telah merangka satu polisi yang membolehkan pelanggan memilih perlindungan yang sesuai dengan keperluan jarak tempuh mereka pada kadar premium diskaun, dan pada masa yang sama, masih menikmati perlindungan yang komprehensif. Dengan menggunakan teknologi telematik, kami dapat melindungi perjalanan pelanggan kami tanpa mereka perlu menghadapi sebarang kesulitan kewangan.”
Oleh yang demikian, tidak ada keraguan bahawa SOMPO MotorSafe akan memanfaatkan rakyat Malaysia semasa pandemik COVID-19 dengan membantu penjimatan berjimat dengan kewajipan kewangan memandangkan terdapat kurang pemanduan disebabkan oleh perintah kawalan pergerakan.
Setiap Polisi SOMPO MotorSafe telematik dilengkapi dengan Tag SOMPO berkuasa bateri yang menggunakan Bluetooth dengan aplikasi SOMPO MotorSafe yang mengesan penggunaan jarak tempuh kenderaan serta menyediakan bantuan keselamatan. Jika kereta mengalami kerosakan atau semasa satu kecemasan, pemandu hanya perlu menekan butang selama 2 saat, dan talian bantuan SOMPO akan memanggil pemandu itu untuk memberikan bantuan, masing-masing diberi nama bCall dan eCall. Di samping itu, Tag SOMPO itu dilengkapi dengan sebuah sistem Pengecaman Pemandu Automatik yang boleh mengesan kemalangan teruk melalui telefon pintar anda. Untuk menerapkan amalan pemanduan yang baik, pemandu yang diinsuranskan itu akan juga menerima amaran “bunyi bip” masa nyata sekiranya beliau menghantar teks ketika memandu.
Aplikasi SOMPO MotorSafe itu juga mempunyai satu ciri untuk mengingatkan pemegang polisi agar menambahkan nilai pelan perbatuan mereka. SOMPO MotorSafe meliputi kehilangan atau kerosakan kepada kenderaan akibat daripada kemalangan, kebakaran dan kecurian, kecederaan pihak ketiga, kematian, atau kerosakan harta benda jika melalui perjalanan di dalam jarak perbatuan yang dipilih. Faedah lain termasuk SOMPO Rakan Auto Assist 24-Jam, Waranti Pembaikan SOMPO selama 12 bulan, Perlindungan Semua Pemandu, dan Perlindungan Bahaya Khas.
Menurut Statista.com, Malaysia berada pada kedudukan ke-3 teratas di ASEAN dengan pengeluaran tahunan melebihi 500,000 unit kenderaan automotif. Statistik juga menunjukkan bahawa kereta penumpang adalah kenderaan paling popular di Malaysia, dengan menguasai bahagian pasaran terbesar di sekitar 353,000 unit yang dijual pada tahun 2019, dengan purata 2 kereta bagi setiap isi rumah. Ini menunjukkan bahawa ramai rakyat Malaysia bergantung kepada kereta persendirian sebagai mod utama pengangkutan untuk melakukan aktiviti harian daripada menjalankan tugas, membawa mereka ke dan dari tempat kerja, menghantar anak ke sekolah dan banyak lagi. Isi rumah dan keluarga yang mewah dengan lebih ramai ahli keluarga biasanya mempunyai lebih dari satu kereta, dan kadang-kadang, sebuah kereta hujung minggu. Kereta kedua bagi isi rumah akan mencatatkan jarak tempuh yang lebih rendah berbanding dengan kereta utama.
Encik Tan menambah lagi, “Polisi SOMPO MotorSafe kami sesuai untuk isi rumah yang mempunyai lebih dari dua kereta, pemandu jarak tempuh yang rendah dan juga pemilik kereta hujung minggu.”
Kredit gambar utama: via BERJAYA SOMPO