Kes Covid-19 terutamanya di Selangor tak menunjukkan penurunan sejak beberapa bulan lepas walaupun selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) dijalankan.
Disebabkan itu, Pusat Penilaian Covid-19 di Stadium Malawati, Shah Alam (CAC Stadium Malawati) dibanjiri orang ramai yang telah disahkan positif.
Dikatakan, ribuan pesakit Covid-19 telah pun tiba di CAC Stadium Malawati sejak jam 6 pagi lagi bagi melaporkan diri.
Bagaimanapun, di sebalik kesesakan tersebut para frontliner dilihat gigih berjuang mengendalikan para pesakit yang berada di Pusat Penilaian COVID-19 terbabit.
Tapi disebalik kekecohan, siapa sangka akan berlaku di mana terdapat seorang individu yang jatuh pengsan tanpa sebab. Berikutan itu, petugas kesihatan menjadi cemas dan bertungkus-lumus berusaha untuk menyelamatkan pesakit tersebut.
Namun, apa yang menyedihkan adalah sewaktu mereka terkejar-kejar ketika mengusung pesakit itu di atas stretcher, mereka tergelincir dan salah seorang daripada mereka dilihat terjatuh lalu rebah dan terbaring di atas jalan.
Mungkin disebabkan terlalu penat dan tidak larat untuk bangun semula, lebih menyedihkan apabila petugas itu dilihat hanya terbaring buat beberapa ketika ketika orang ramai sibuk membantu.
Salah satu netizen telah mengkongsikan video yang menunjukkan situasi itu:
Makin teruk kes naik guys! Hospital sampai penuh, ada yang sampai di wad kan dekat parking lot. Kalau kita tak bendung, memang kita akan jadi macam negara jiran yang sampai rusuhan riot bagai. Tengok gaya macam boleh jadi! So please stay safe guys! Kita taknak jadi macam tu!
Kredit gambar utama: via TV3