Para peminat bola, mesti korang follow Euro 2020 kan?? Kemenangan England pada perlawanan separuh akhir EURO 2020 dengan mengalahkan Denmark baru-baru ini cukup menggembirakan peminat bola sepak di sana dan seluruh dunia.
Lebih mengujakan kerana ini merupakan kali pertama pasukan Three Lions itu berjaya mara ke perlawanan akhir kejohanan utama bola sepak dunia sejak World Cup 1966.
Nak dijadikan cerita, seorang peminat fanatiknya Nina Farooqi, 37 yang turut hadir menyaksikan perlawanan separuh akhir di Stadium Wembley, London itu berakhir dengan kedukaan apabila dia pada esok harinya telah dibuang kerja.
Wanita dari Ilklye, Bradford itu dikatakan membuat alasan sakit untuk pergi ke perlawanan itu bersama rakannya yang memenangi tiket pada saat akhir menerusi cabutan bertuah.
Muka kantoi di siaran ‘live’ tv:
Menerusi laporan Telegraph, Nina memilih untuk menggunakan alasan tersebut kerana dia yakin tidak akan diberikan cuti apatah lagi untuk menyaksikan perlawanan berkenaan disebabkan syarikatnya sedang kekurangan staf.
Betul lah. Ada pepatah, sepandai-pandai tupai menyepak, terciduk juga masuk gol. Ye lah, dari ramai-ramai 60,000 penonton yang ada didalam stadium, wajahnya juga yang terpampang besar di tv.
Kredit gambar utama: via The Atlantic