Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam Pengumuman Khas Pakej PEMULIH secara langsung hari ini menjelaskan bahawa selain B40, golongan isi rumah dan bujang M40 juga turut menerima bantuan ini.
Bagi golongan isi rumah dalam kategori miskin tegar, mereka akan menerima RM 1,300 dan golongan bujang menerima RM 500.
Sementara itu, bagi isi rumah kategori B40 pula akan menerima RM800, golongan bujang B40 RM200 dan bagi isi rumah M40 akan menerima RM250 dan bujang M40 akan menerima RM 100 menjelang Ogos nanti.
Menurut Astro Awani, Tan Sri Muhyiddin turut memaklumkan sebanyak RM500 akan disalurkan kepada pekerja yang kehilangan pendapatan berdasarkan data Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) atau Perkeso tahun 2021.
Bantuan itu dijangka memanfaatkan sehingga satu juta ahli yang melibatkan implikasi kewangan RM500 juta.
Beliau berkata, kerajaan juga bersetuju memberi bantuan one-off sebanyak RM3,000 kepada pengusaha industri sukan dan operator arena sukan seperti gimnasium, boling, futsal yang turut terkesan dan hanya boleh beroperasi semula seawal fasa ketiga kawalan pergerakan dalam Pelan Pemulihan Negara (PPN).
Selain itu, Muhyiddin juga berkata, kerajaan turut bersetuju memberi bantuan kewangan sebanyak RM1,000 kepada semua pengusaha kantin berdaftar. – Berita Harian
Kepada yang terkena tempias Covid-19, jangan lupa apply ya!
Kredit gambar utama: via Portal Semakan