Akibat Tekanan Pandemik Covid-19, Kes Bunuh Diri Di Malaysia Semakin Meningkat!

Health Director General Datuk Dr Noor Hisham Abdullah speaking to media at daily update of Covid-19 development in Putrajaya, April 16th, 2020 MOHD SAHAR MISNI/The Star

Baru-baru ini, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah telah mengeluarkan statistik mengejutkan dengan menunjukkan angka kes bunuh diri di Malaysia pada tiga bulan pertama tahun ini meningkat lebih dari separuh berbanding yang dilaporkan sepanjang tahun 2020.

Menurut Berita Harian, pandemik COVID-19 memberi impak ketara ke atas kesihatan mental apabila jumlah kes bunuh diri sepanjang tahun lalu, meningkat kepada 631 kes berbanding 609 kes pada 2019.

Beliau berkata, pandemik COVID-19 ternyata memberi impak yang amat besar kepada kesihatan mental setiap individu di seluruh dunia dan tidak terkecuali rakyat Malaysia.

“Sesetengah individu berisiko tinggi untuk mengalami masalah kesihatan mental termasuk kemurungan terutama ketika berada dalam keadaan stress (tekanan) yang melampau serta isolasi daripada rangkaian sokongan keluarga dan sahabat handai.

“Jika kemurungan ini gagal dikenal pasti dan dirawat dengan baik, ianya boleh meningkatkan risiko tingkah laku bunuh diri.

“Disebabkan itu masyarakat diminta untuk lebih cakna dan prihatin kepada ahli keluarga atau orang sekeliling dalam mengenalpasti simptom awal kemurungan yang boleh menyumbang kepada tingkah laku bunuh diri,” katanya.

Macintosh HD:Users:lina_aneesa:Downloads:20200124042900.045_Depresi.jpg
Kredit: via Halodoc

Kita diminta lebih peka dengan ahli keluarga dan orang terdekat supaya dapat mengesan simptom awal kemurungan yang boleh membawa kepada kecenderungan membunuh diri.

Dalam pada itu, Dr Noor Hisham turut meminta pihak media memainkan peranan penting dalam menyebarkan maklumat tepat serta masyarakat diminta untuk menghormati perasaan ahli keluarga mangsa untuk tidak merekod video atau menyebarkan gambar mangsa bunuh diri.

Ini termasuklah perubahan sikap, meluahkan rasa putus asa atau merasakan kehadiran mereka seperti beban buat keluarga serta bercakap tentang bunuh diri secara lisan atau bertulis.

Jika korang atau individu terdekat mempunyai masalah kemurungan, tekanan atau masalah kesihatan mental yang lain, korang boleh hubungi hotline di bawah:

  • Mental Health Psychosocial Support Service (MHPSS): 03-29359935 or 014-3223392
  • Talian Kasih: 15999, or WhatsApp 019-2615999
  • Jakim’s Family, Social and Community care centre: WhatsApp 0111-9598214
  • Befrienders Kuala Lumpur: 03-76272929
Macintosh HD:Users:lina_aneesa:Downloads:7b1aeff0-ffbf-4cbf-ba7a-aa1647b7b32a.jpg
Kredit: via Smule

Guys, we are not alone tau! Bertabah dan teruskan berjalan, kalau perlu merangkak pon merangkaklah. Take your time. 

Kredit gambar utama: via The Star

Read Previous

Bantuan Khas Covid-19 Kepada Golongan Yang Memerlukan Termasuk Bujang B40, M40 Pada Bulan Ogos Nanti!

Read Next

Segar Pon Segar Lagi-Lagi Bila Sejuk! Khasiat Dan Kebaikan Dalam Buah Kelapa!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

2 × 2 =