Pelajar Perubatan Buat Report Polis Terhadap Tindakan Universiti Halang Ambil Exam Sebab Tak Vaksin Lagi

Nik Farah Ellisha Mohd Razif, pelajar perubatan dari sebuah universiti tempatan telah mendakwa bahawa dirinya dilarang menduduki peperiksaan kerana beliau belum menerima suntikan vaksin COVID-19. Dia sebelum itu terlebih dahulu memaklumkan kepada pihak universiti bahawa dia memilih untuk tidak mahu menerima suntikan vaksin, lapor dari MalaysiaGazette.

Namun pelajar berusia 22 tahun itu memberitahu media bahawa pihak universiti telah mendesaknya untuk mendapatkan vaksin jika mahu menduduki peperiksaan. Dia yang tidak mempunyai banyak pilihan bersetuju untuk mengambil vaksin jenama pilihannya sendiri dan memaklumkan perkara itu kepada pihak universiti pada bulan April lalu.

Namun sejak April, dia tidak menerima sebarang tarikh temu janji untuk mendapatkan vaksin sehinggalah tarikh peperiksaan iaitu pada 8 Jun yang lalu dan apabila dia hadir untuk menduduki peperiksaan penting tersebut, pihak universiti telah melarang serta memintanya untuk meninggalkan dewan. Permintaannya untuk menduduki peperiksaan secara berasingan juga telah ditolak oleh pihak universiti.

Disebabkan kejadian terbabit, dia telah tampil membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields sambil ditemani Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan yang mendesak agar insiden ini disiasat secara menyeluruh.

Dalam pada itu, Nik Farah yang merupakan pelajar dalam bidang perubatan ini pula menzahirkan rasa kecewa kerana tidak dapat menjawab peperiksaan setelah berhempas pulas mengulangkaji pelajaran.

Dalam pada itu, Sinar Harian hari ini melaporkan bahawa pihak Universiti Malaysia memandang serius berhubung dengan laporan yang dibuat oleh pelajar itu.

Pengarah Pejabat Komunikasi Korporat UM, Mohd Khairi Md Jaafar dalam satu kenyataan berkata, pihak UM sedang meneliti perkara itu secara dengan lebih terperinci dan terbuka untuk bekerjasama dengan semua pihak terbabit bagi menyelesaikan isu berkenaan.

“Sebagai sebuah universiti yang menerapkan nilai kebersamaan, Universiti Malaya sentiasa berjuang bersama-sama dengan rakyat Malaysia dalam memerangi wabak Covid-19.

“Adalah menjadi tanggungjawab Universiti Malaya untuk menyediakan kampus yang kondusif dan selamat kepada warga kampus dalam berdepan dengan pandemik ini.”

Macintosh HD:Users:lina_aneesa:Downloads:44h38a.jpg
Kredit: via imgflip.com

Apa pendapat korang?? Adakah wajar pihak universiti buat tindakan menghalang pelajar tersebut atau ada penyelesaian lain yang boleh diberikan??

Kredit gambar utama: via MalaysiaGazette

Read Previous

Dua Bayi Tertukar Telah Disatukan Bersama Keluarga

Read Next

Apakah CCRIS & CTOS? Penting ke?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

1 × one =