Apakah CCRIS & CTOS? Penting ke?

Kita yang remaja lagi2 yang kearah kolej mahupon universiti patut tahu CCRIS & CTOS. Takdalah bila dah kerja nanti nak beli rumah atau kereta nak buat pinjaman, sangkut sana sangkut sini. Leceh mat.

Apakah itu CCRIS?

CCRIS (Central Credit Reference Information System, atau Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat) ni datang dari Bank Negara Malaysia (BNM).

Semua laporan kredit CCRIS disediakan dan diuruskan oleh Biro Kredit BNM. Di sinilah semua maklumat kredit dari pelbagai syarikat kewangan di Malaysia terlibat, seperti bank, broker insuran, dan ada juga pihak swasta seperti syarikat telekomunikasi.

Di dalam laporan CCRIS tu ada pelbagai info yang membantu institusi kewangan seperti bank untuk buat keputusan atas setiap permohonan pinjaman perumahan. Info yang mereka boleh tengok dalam laporan CCRIS tu adalah:

  • Semua pinjaman/kredit tertunggak
  • Akaun perhatian khusus yang mana akaun dipantau rapat oleh institut kewangan
  • Permohonan pinjaman kredit yang dah lulus atau sedang diproses dalam tempoh 12 bulan

Ramai yang ingat bila rekod tak cantik je, CCRIS boleh blacklist seseorang tu, tapi itu sama sekali tidak benar.

Sebabnya, CCRIS ni hanya menyediakan info dan data yang diperlukan oleh institusi kewangan untuk membuat keputusan.

Kredit: via Pinjaman Peribadi

Apakah itu CTOS?

CTOS (CTOS Data Systems Sdn Bhd) adalah organisasi persendirian atau syarikat swasta yang juga menyediakan report kredit.

Ia digunakan secara meluas oleh bank dan institusi kewangan di Malaysia untuk tentukan kelayakan kredit pemohon, sama ada individu atau syarikat.

Selalunya, memang institusi kewangan akan gunakan lebih dari satu laporan kredit untuk tau macam mana sebenarnya keadaan kredit dan keupayaan pemohon untuk bayar balik hutang.

Info dalam CTOS pula datang dari pelbagai sumber awam seperti Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Jabatan Insolvensi Malaysia (JIM), notis dari akhbar, penerbitan prosiding undang-undang, dan warta kerajaan.

Antara info yang institusi kewangan boleh semak dari report CTOS adalah:

  • Status muflis
  • Tindakan undang-undang
  • Status kes
  • Pemilikan dan info perniagaan

Sama juga macam CCRIS, yang CTOS ni hanya sediakan fakta je dan tak ada kuasa untuk blacklist mana-mana individu, atau bagi komen dan pandangan tentang laporan tu. 

Kredit: via Pinjaman Peribadi

Perbezaan antara CCRIS & CTOS:

Dalam kebanyakan kes, memang institusi kewangan akan tengok kedua-dua laporan kredit CCRIS dan CTOS ni sebelum mereka buat keputusan nak luluskan atau tolak permohonan pinjaman rumah dari sesiapa pun di Malaysia.

Tapi, walaupun laporan CCRIS dan CTOS digunakan untuk alasan yang sama, apa yang disediakan tak semua sama (macam kembar tak seiras la, kiranya)!

Satu perbezaan yang paling ketara adalah CCRIS datang dari badan kerajaan Bank Negara Malaysia, manakala CTOS adalah sebuah syarikat swasta.

Lagi satu, cara info dikumpulkan untuk laporan tu pun berbeza. CCRIS dapat info daripada institusi kewangan di Malaysia, CTOS pula dapatkan info kredit daripada sumber awam yang kami sebut di atas.

CCRIS & CTOS penting kerana:

  • Analisis status kewangan korang dari bank
  • Sejarah bayaran balik hutang, tak kisah lah MARA atau PTPTN
  • Nak buat permohonan pinjaman, contoh rumah, kereta dan sebagainya

Kredit gambar utama: via Permohonan.my

Read Previous

Pelajar Perubatan Buat Report Polis Terhadap Tindakan Universiti Halang Ambil Exam Sebab Tak Vaksin Lagi

Read Next

Kisah Angker Di Office Sendiri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

8 + seven =