Apa Cerita Ramadhan Tahun 2021?

Lagi beberapa hari je lagi, bulan Ramadhan bakal tiba tidak lama lagi. Mesti tak sabarkan?? Tahun lalu, kita sama-sama menyambut kedatangan Ramadhan dalam norma baharu.

Masing-masing melaksanakan ibadat puasa dan amalan sunat ketika Ramadhan di rumah sendiri. Masih teringat lagi apabila solat Tarawih dilaksanakan di rumah dengan imam daripada kalangan ahli keluarga.

Berbeza dengan tahun sebelum berlakunya pandemik. Boleh pergi ke masjid dan surau untuk melaksanakan tarawikh mahupon ibadah.

Macintosh HD:Users:lina_aneesa:Downloads:images (1).jpeg
Kredit: Akuislam

Walaubagaimanapon, Ramadhan tetap akan datang setiap tahun meskipun dunia dilanda wabak Covid-19. Jadi persiapilah diri kita untuk puasa tahun ini juga.

Tidak ada alasan untuk meninggalkan puasa sebab penduduk di Syria pon mampu berpuasa dengan keadaan negara yang tengah berperang.

Oleh itu, kita isikan bulan yang penuh kerahmatan ini dengan perbuatan dan perkara yang boleh menambahkan pahala kita.

So, apa persediaan kita menanti kedatangan Ramadhan? Adakah kita telah mula memperbanyakkan amalan soleh untuk dilakukan pada Ramadhan? Marilah kita mula menanam rasa teruja untuk bertemu Ramadhan dengan bercerita mengenainya. Usah jadikan diri hanyut dengan cerita hiburan, politik dan seumpamanya yang dilihat tidak berkesudahan.

Macintosh HD:Users:lina_aneesa:Downloads:29agama_1561876509 (1).jpg
Kredit: Berita Harian

Jangan jadikan diri sibuk bercerita perkara yang dapat menghilangkan fokus terhadap tibanya Ramadhan. Mulakan dengan bercerita mengenai ibadat puasa dan perkara yang berkaitan dengannya. Sememangnya saban tahun kita berpuasa, namun jangan rasa bosan dengan ilmu berkaitan puasa yang perlu kita timba sebelum kedatangan Ramadhan. Bukalah buku berkaitan puasa, hadirlah majlis ilmu yang membicarakan hukum-hakam puasa dan bertanyalah kepada orang yang lebih mengetahui mengenai isu berkaitan puasa.

Pendekatan menyibukkan diri dengan perkara yang membabitkan puasa akan membuatkan diri lebih bersedia untuk melaksanakan ibadah ini lebih baik daripada tahun sebelum ini. 

Kita juga boleh mula bercerita mengenai puasa dalam kalangan ahli keluarga. Kita sebut kepada anak bahawa Ramadhan akan datang tidak lama lagi. Meskipun Islam tidak menetapkan puasa sebagai kewajipan kepada kanak-kanak yang belum baligh, mereka boleh dilatih untuk berpuasa mengikut kemampuan diri. Inilah satu cara untuk membiasakan diri di bulan ramadhan kelak.

Perkara penting yang perlu ditekankan ialah mendidik diri kita dan juga anak agar seronok melakukan ibadah. Jangan buat seperti terpaksa melakukannya kerana ia boleh membuatkan mereka tidak bersemangat untuk beribadat dengan ikhlas. Oleh itu, ceritakanlah kebaikan puasa agar kita dapat merasai nikmat melakukan ibadah tersebut.

Dalam konteks kehidupan bermasyarakat pula, kebanyakan masjid dan surau mula mengatur pelbagai aktiviti untuk mengimarahkan rumah Allah pada Ramadhan. Poster dan banner mula kelihatan dipasang di merata tempat dengan ucapan selamat sempena ketibaan Ramadhan.

Semangat bekerjasama untuk menghidupkan Ramadan adalah perbuatan mulia dan boleh menjadi sebab memperoleh keberkatan daripada Allah SWT.

Macintosh HD:Users:lina_aneesa:Downloads:ramadhan-malaysia-1.png
Kredit: kcrush.com

Jadi marilah kita berpusu2 mengejar kebaikan seperti sedekah,  membaca Al-Quran, memperbanyakkan solat2 sunat dan sebagainya. Bukan bermakna bulan selain Ramadhan tak perlu buat, tapi untuk bulan Ramdhan, kita buatlah extra sikit kebaikan kita ni. Taksalah pon. Lagi dapat banyak pahala adalah. Yang penting ikhlas noh!! 

Selamat Menyambut Ramadhan guys!

Kredit gambar utama: Bincang Syariah, The Rakyat Post & Suara

Read Previous

Hati-hati Bila Memilih Rumah Sewa. Kenapa? Haaaa seram.

Read Next

4 Tips Konfem Lulus MUET Dengan Cemerlang!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

twenty + 9 =