4 Tips Konfem Lulus MUET Dengan Cemerlang!

Kan?? Sebut je MUET, pasti ramai yang dah ketaqq lutut, sakit kepala, gemuruh dan macam-macam lagi. Ada yang kalau boleh taknak ambil pon ada! HAHA!

Pelbagai persoalan bermain di fikiran dan masing-masing nak lulus peperiksaan MUET dengan cemerlang. Disini kami kongsikan tips berguna yang boleh anda gunakan jika bakal menghadapai MUET.

Tapi sebelum itu, apa itu MUET??

Macintosh HD:Users:lina_aneesa:Downloads:MUET-650x399.png

MUET (Malaysian University English Test) ialah ujian bahasa Inggeris yang dijalankan di peringkat pra-universiti, matrikulasi, asasi, diploma, dan STPM. MUET diperkenalkan untuk mengukur tahap penguasaan bahasa Inggeris pelajar-pelajar institusi pengajian tinggi dan juga untuk mereka yang bercadang untuk melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi . Peperiksaan MUET ini wajib diambil oleh mereka yang ingin melanjutkan pengajian di peringkat ijazah di institut pengajian tinggi awam (IPTA) tempatan.

4 Tips Lulus Peperiksaan MUET

  1. Setkan Target Anda

Pastikan anda mempunyai target untuk dapat band berapa. Dan pastikan target band anda adalah band 2 ke atas. Jangan la meletakkan target yang terlalu rendah. Cabar diri anda sendiri pasti akam akan berusaha gigih untuk lulus menyahut cabaran tersebut. Banyak bertanya kepada pensyarah anda.

Rajinkan diri anda untuk kerap bertanya kepada pensyarah berkenaan soalan muet. Percayalah, ianya sangat membantu. Ketepikan rasa malu anda untuk bertanya. Ingat, malu bertanya sesat jalan, malu bertanya pensyarah, ternganga la jawab MUET.

Kalau terlampau malu sangat nak bertanya, anda boleh juga bertanya pada tutor ataupun kawan-kawan yang mahir bahasa inggeris.

  1. Buat study group 

Bina satu kumpulan dalam kelompok yang kecil. Cukup hanya 4-6 orang sahaja. Kalau lebih ahli group nanti, bergosip pulak. Daripada kelompok tadi, cari satu topik untuk diperbualkan dalam bahasa inggeris.

Macintosh HD:Users:lina_aneesa:Downloads:istockphoto-959971530-612x612.jpg
Kredit: iStock

Cara ini bukan sahaja dapat membantu anda dalam meningkatkan tahap komunikasi anda dalam berbahasa inggeris, ia juga dapat membantu hubungan saling bantu membantu dalam kumpulan untuk saling menyokong pendapat masing-masing.

  1. Buat Latih Tubi Berkenaan Soalan MUET

Dapatkan buku-buku adik anda yang bersekolah rendah dan menengah, dan cuba buat latihan tersebut. Cara ini mampu meningkatkan dan memperkukuhkan tahap grammar korang.

Macintosh HD:Users:lina_aneesa:Downloads:contoh-soalan-peperiksaan-muet-paper-1.png
Kredit: Tersoal

Nampak mudah dengan soalan-soalan latihan sekolah rendah dan menengah, namun dari situlah ianya membantu anda.

Membaca surat khabar bahasa inggeris pon boleh improve kan grammar!

  1. Baca Panduan Persediaan MUET

Korang boleh dapatkan buku panduan persediaan MUET di mana-mana kedai buku ataupun jika ingin jimat bajet, anda boleh pinjam buku-buku tersebut daripada senior-senior anda. Ini dapat membantu anda bersiap sedia dari segi fizikal dan mental untuk menghadapi MUET.

Macintosh HD:Users:lina_aneesa:Downloads:download.jpeg
Kredit: 17QQ

Korang tak perlu pon sebenarnya rasa cuak nak hadap MUET ni, study and prepare yourselves! Agitu.

Sekarang moden, korang type je ‘How to’ dekat Google or Youtube. Keluar sejibi sejiban! Tapi jangan tengok satu info lepastu kau claim diri kau dewa MUET. Study banyak dan cari lagi banyak info, supaya boleh kau bezakan mana yang legit untuk kegunaan kau nanti! 

Selamat maju jaya guys!

Kredit gambar utama: via languagelabz.com.my, MYNEWSHUB & SINAR HARIAN

Read Previous

Apa Cerita Ramadhan Tahun 2021?

Read Next

Pabila Ditemani ‘Benda’ Itu Ketika Memandu Di Highway Plus

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

fifteen + 18 =