Untuk Sukan Komanwel 2022 yang akan datang, mereka telah melancarkan Perry, seekor lembu pelbagai warna sebagai maskot mereka, pada hari Isnin, 22 Mac.
Selain itu, Perry dilukis oleh Emma Lou yang berusia 10 tahun dari Bolton, Greater Manchester, yang telah memenangi pertandingan reka bentuk kebangsaan yang berlangsung pada musim panas 2020.
Pertandingan ini terbuka untuk kanak-kanak berusia lima hingga 15 tahun di seluruh negara untuk membuat maskot yang mencerminkan identiti, warisan, dan budaya Birmingham dan West Midlands England.
Perry dinamakan sempena kawasan Perry Barr di Birmingham, kediaman Alexander Stadium yang akan menjadi tuan rumah acara atletik Sukan serta upacara pembukaan dan penutupan.
Kalau korang nak tahu, kedua ibu bapa Emma berpindah dari Malaysia ke Britain pada tahun 2007.
Jom tengok kejutan dari maskot tersebut! Comel weh!!
Cantik kan! Tak sangka yang lukis pon muda! Memang tabik spring! Ha apa lagi! Kita jadikan sebagai inspirasi! Apa pendapat korang??
Kredit gambar utama: via Skysports, Youtube & The Star