Haaa budak sekolah dah mula masuk sekolah! Siswas siswis siswus plak nak sambung belajar di universiti ataupon kolej.
Musim persekolahan dan mahasiswa sudah mula dengan semester baru. Jadi di sini kami cuba senaraikan pelbagai bantuan pelajaran yang sesuai untuk anda dalam kategori biasiswa, pinjaman, zakat dan sebagainya untuk tahun 2021.
Bantuan ini pastinya memberikan lebih kemudahan sekaligus meringankan beban pelajar terutamanya sepanjang tempoh pembelajaran samada di sekolah mahu di peringkat universiti.
Setiap tahun, pastinya ada pihak yang menawarkan bantuan pelajaran ini tapi mungkin ramai yang di luar sana tidak tahu tawaran tersebut. Dan ada juga yang tengah pening nak buat keputusan.
Jadi di sini kami cuba kongsikan tawaran sepanjang tahun 2021. Harap bermanfaat kepada semua dan korang juga boleh share sekali dekat ibu bapa.
Senarai Bantuan Pelajaran, Biasiswa, Pinjaman Pendidikan dan Zakat Untuk Tahun 2021
Biasiswa Sekolah Menengah Tingkatan 1 & 4 Daripada Yayasan Pahang
Sasaran : Tingkatan 1 dan 4 (Anak Pahang)
Permohonan : 1 Mac – 30 April 2021
Program Penajaan Pengajian Tertiari, MARA (TESP 2021)
Sasaran : Lepasan Asasi/STPM dan Diploma
Permohonan : 1 – 19 Mac 2021
Biasiswa Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP) Tahun 2021
Sasaran : Semua pelajar Ijazah Sarjana Muda Pendidikan di Universiti Awam
Permohonan : 1 – 31 Mac 2021
Bantuan Permulaan IPT, Zakat Pulau Pinang
Sasaran : Anak Penang yang bakal melanjutkan pelajaran
Permohonan : Sepanjang tahun
Bantuan Tunai Pendaftaran IPT Secara One-Off (BUDI) 2021 (Sabah)
Sasaran : Anak Sabah yang bakal melanjutkan pelajaran
Permohonan : Bermula Mac hingga 30 Oktober 2021
Pinjaman Pelajaran Dalam Negara 2021, Yayasan Pelajaran Johor
Sasaran : Sijil (Kolej YPJ), Diploma, Ijazah Sarjana Muda
Permohonan : 7 Mac – 13 Mac 2021
Program Graduan Cemerlang (GrEP) 2021
Sasaran : Peringkat Pasca Siswazah (Sarjana dan Doktor Falsafah)
Permohonan : 1 – 19 Mac 2021
Biasiswa Tunku Abdul Rahman (BTAR) 2021
Sasaran : Lepasan STPM/Asasi/Matrikulas/Diploma atau Degree (masih tinggal 2 tahun)
Permohonan : Sehingga April 2021
Bantuan Awal Kemasukan Ke Institusi Pengajian Tinggi (BAKIPT)
Sasaran : Anak Kedah
Permohonan : 1 Mac 2021 sehingga 1 Disember 2021
SKIM Bantuan Zakat UTHM
Sasaran : Pelajar UTHM
Permohonan : Sepanjang tahun
Hadiah Pengajian Institut Pengajian Tinggi (HPIPT) Selangor Tahun 2021
Sasaran : Anak-Anak Selangor
Permohonan : 1 – 31 Mac 2021
Dermasiswa Yayasan Kuok Berhad Tahun 2021
Sasaran : Semua pelajar Diploma Politeknik
Permohonan : 1 – 19 Mac 2021
Dermasiswa Yayasan Perak (Dalam & Luar Negara) 2021
Sasaran : Anak Perak bakal melanjutkan pelajaran
Permohonan : 3 bulan selepas tarikh pendaftaran masuk IPT
Biasiswa Tuanku Canselor (BTC) dan Biasiswa Universiti Malaysia Terengganu (BUMT) bagi tahun 2021
Sasaran : Pelajar Doktor Falsafah (Ph.D) tempatan Universiti Malaysia Terengganu (UMT)
Permohonan : 21 Februari – 21 Mac 2021
Hubungi Pusat Pengurusan Akademik dan Kualiti
Program Ijazah Sarjana Dalam Negara (PIDN) Dari JPA Tahun 2021
Sasaran : Pelajar Ijazah Pertama
Permohonan : 11 – 23 Mac 2021
Biasiswa MyBrainSc 2021
Sasaran : Ijazah Pertama, Sarjana, PhD
Permohonan : 16 Mac – 15 April 2021
Sunway Scholarships & Financial Aid 2021
Sasaran : Lepasan SPM dan O-Level
Permohonan : 2 minggu setelah keluar keputusan sebenar
Biasiswa Karangkraf
Sasaran : Lepasan SPM, STPM dan Diploma
Permohonan : Sepanjang tahun
Bantuan Dermasiswa Lembaga Zakat Negeri Kedah Tahun 2021
Sasaran : Pelajar yang melanjutkan pelajaran ke Mesir, Jordan dan Indonesia
Permohonan : Sehingga 31 Mac 2021
Biasiswa Yang di-pertuan Agong (BYDPA) Tahun 2021
Sasaran : Untuk peringkat Sarjana dan Ijazah Kedoktoran
Permohonan : Sehingga 9 April 2021
Biasiswa Yayasan Sime-Darby Tahun 2021
Sasaran : Lepasan SPM 2020
Permohonan : 6 April 2021
Masih tak faham? Nak tahu maklumat ini lebih lanjut pergi website diorang takpon korang Google je nama2 biasiswa tu. Konfem keluar! Paling mudah, hubungi ataupon pergi ke sekolah yang korang plan nak masuk tu dan tanya tentang hal ini.
Semoga maju jaya guys!
Kredit gambar utama: via USM, Sinar Harian & Hello Kerja